suria

Mek Yun nafi rangkul lengan lelaki, sentiasa jaga batas

Mek Yun (kiri) nafi berpegangan dengan lelaki.

PELAKON dan personaliti media sosial, Mek Yun tampil menjelaskan mengenai foto tular dia merangkul lengan seorang lelaki dikenali sebagai Adrian.

Mek Yun atau Wee Mun Nee, 29, berkata, foto tersebut adalah tidak benar, malah merupakan hasil ciptaan teknologi kecerdasan buatan (AI). 

Kata Mek Yun, dia berharap orang ramai lebih bertanggungjawab dan tidak menyebarkan imej palsu yang boleh menimbulkan fitnah.

Mek Yun menjelaskan perkara sebenar menerusi Threads miliknya.

"Saya cuma nak jelaskan, gambar yang sedang tular ini adalah hasil AI dan bukannya Mek Yun. 

"Muka Mek Yun lain sangat. Mek Yun harap anda semua jangan sesuka hati guna AI untuk buat dan kongsikan perkara macam ini," katanya. 

Mek Yun berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dah biasa bergaul sejak kecil, Mek Yun tak kekok masuk industri drama Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mek Yun pandang serius isu buli siber, harap kerajaan wujudkan undang-undang lebih tegas

Dalam pada itu, Mek Yun turut menekankan bahawa dirinya sentiasa menjaga batas pergaulan dan berharap orang ramai menghormati perkara tersebut.

"Siapa yang kenal Mek Yun tahu Mek Yun memang jaga batasan bab ini. 

"Terima kasih kerana memahami," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain