IBU kepada pelakon Bella Astillah,32, iaitu Siti Zarina Astillah meluahkan rasa syukur dan terharu dengan pertunangan anaknya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Siti Zarina berkata, sebagai ibu dia tidak pernah menyangka anaknya akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang sanggup menerima Bella seadanya. “Dengan rendah diri, siapalah anak saya ini.Saya akui terharu dan tak pernah terfikir ada lagi insan seperti Syed Saddiq yang mahu menerima Bella seadanya. Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat melangsungkan majlis pertunangan Sabtu lalu.“Ketika Bella beritahu Syed Saddiq sudah melamar dan mengajaknya untuk bertunang, saya menitiskan air mata. "Saya hanya mampu berdoa semoga dia terus bahagia,” katanya kepada mStar. Menurut Siti Zarina, Syed Saddiq,34, memiliki keperibadian baik dan menunjukkan kesungguhan luar biasa dalam hubungan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah wanita pertama Syed Saddiq ucap ‘I Love You’, angka ‘448257’ jadi tanda tanyaARTIKEL BERKAITAN: Ucapan penuh romantis Syed Saddiq selepas menjadi tunangan Bella Astillah… “Saya menyayangi Bella kerana dia mempunyai dua anak yang hebat”“Alhamdulillah, dia beri usaha yang lain daripada lain. Maksudnya, dia benar-benar mencintai anak-anak Bella. “Saya hanya mengharapkan semoga hubungan ini kekal sampai bila-bila,” katanya.Sabtu lalu pelantun lagu Lebih Baik Berpisah itu selamat bergelar tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis yang berlangsung di ibu negara. Siti Zarina menangis apabila Bella memaklumkan bakal bertunang. Syed Saddiq turut menarik perhatian ramai apabila hadir membawa jambangan bunga kepada bakal isterinya itu. Pada majlis tersebut, bakal pengantin bertukar hantaran iaitu lima dulang berbalas tujuh daripada Bella yang juga berkonsepkan Gunung Kinabalu simbolik tempat Syed Saddiq melamarnya pada Januari lalu.Lebih mencuri perhatian pada majlis tersebut Syed Saddiq menyerahkan Sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak Bella, Ayden dan Ara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube