suria

Jaa Suzuran dah lali diasak soalan jodoh, pernah terasa hati... “Hari-hari orang tanya bila nak kahwin”

Jaa mahu wanita sesuai citarasanya.

PELAKON Jaa Suzuran mengakui sudah lali dengan soalan sensitif mengenai soal jodoh, terutama apabila usianya semakin meningkat.

Menurut Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahamd, 32, soalan mengenai bila mahu berkahwin kerap kali diajukan sejak enam tahun lalu dan masih menerima pertanyaan sama.

Jaa sudah biasa dengan pertanyaan peribadi.

"Orang mula bertanya 'bila nak kahwin' sejak usia saya 26 tahun lagi, sekarang sudah 32 tahun. Jadi saya sudah hadap soalan ini hari-hari.

“Setiap kali saya buat live, memang akan ada yang bertanya soalan ini. Bila keluar berjalan pun orang tanya benda sama,” katanya.

Tambah Jaa, pada peringkat awal dia tidak terlalu terkesan dengan soalan tersebut, namun lama-kelamaan memberi kesan emosi terhadap dirinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Trauma kena ‘screenshot’, diperli secara terbuka... Jaa Suzuran fikir banyak kali nak berkenalan dengan wanita

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jaa Suzuran tenang dan sabar, terkejut abang dan kakak ipar terbabit kes dadah di Thailand

“Dulu okay saja, tapi bila dah lama sangat orang tanya benda sama, memang terasa. Tapi sekarang saya dah tak rasa apa-apa,” ujarnya.

Dalam masa sama, Jaa menjelaskan dia bukan seorang yang terlalu memilih dalam mencari pasangan hidup, sebaliknya mempunyai kriteria tersendiri yang diinginkan.

Jaa masih dalam usaha mencari.

Jaa turut berkongsi bahawa dia sebenarnya masih berusaha mencari pasangan, namun mengakui perasaan takut untuk memulakan sesuatu hubungan baharu menjadi salah satu cabaran buat dirinya.

“Saya makin tak suka cakap soal umur bila usia makin bertambah. Saya bukan memilih sangat, cuma ada cita rasa yang saya cari dalam diri seseorang,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain