TERKENAL dengan lakonan menerusi drama Kelas Belakang, pelakon Areef Amran menegaskan dia tidak pernah meletakkan batasan untuk hanya berlakon dalam perkhidmatan media Over The Top (OTT) semata-mata. Kata Areef, 28, dia terbuka menerima sebarang tawaran lakonan selagi karya tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik dan berkualiti. "Saya tidak memilih hanya mahu berlakon dalam platform OTT sahaja, cuma berharap selepas ini saya dapat tawaran membintangi karya-karya yang bagus di masa hadapan. Areef tidak pernah meletakkan batasan untuk hanya berlakon dalam platform OTT."Tidak kisahlah karya daripada platform OTT atau stesen televisyen, drama TikTok pun saya terima asalkan karya itu memang menarik," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Areef memberitahu dia bersyukur sebelum ini banyak menerima peluang berlakon dalam projek terbitan platform OTT hasil daripada sesi uji bakat yang disertainya.Bagi Areef, drama OTT sering tampil dengan kualiti tersendiri, namun tidak menafikan produksi daripada stesen televisyen juga mempunyai kekuatan masing-masing.ARTIKEL BERKAITAN: Arah drama OTT, Tam Suhaimi masih tahu batas tak perlu babak cium aksi ranjangARTIKEL BERKAITAN: Projek OTT bayaran paling tinggi pernah diterima, Faizal Hussein rela tolak berlakon filem"Alhamdulillah saya bersyukur kerana sebelum ini banyak menerima tawaran berlakon drama platform OTT. "Saya pergi casting dan terpilih. Drama OTT ni pun banyak jalan cerita yang menarik, saya sokong dan tidak kisah bekerja dibawah platform ini. "Bagi saya drama OTT memang berkualiti tetapi tidak menafikan drama-drama terbitan stesen televisyen juga banyak yang terbaik," ujarnya.Mengulas mengenai kebebasan berkarya dalam platform OTT, Areef berkata perkara itu bukan faktor utama untuk dia memilih sesuatu projek.Areef (kanan) terbuka untuk menerima tawaran karya-karya terbaik di OTT atau stesen televisyen."Saya tak rasa sebab kebebasan yang luas buatkan saya mahu bekerja dibawah platform OTT saja. "Macam saya cakap, kalau karya itu menarik tidak kisahlah diberi kebebasan pakaian, bahasa atau tidak sebagai pelakon kami tetap enjoy untuk berlakon. "Kalau jadi pelakon pembantu pun tak mengapa yang penting dapat jadi sebahagian daripada tenaga kerja karya tersebut," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube