suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arah drama OTT, Tam Suhaimi masih tahu batas tak perlu babak cium aksi ranjang

PENGARAH Tam Suhaimi menasihati pengkarya filem atau drama supaya tidak menjadikan babak sensasi sebagai jalan pintas untuk mempromosikan hasil kerja mereka.

Kata Tam, 46, sebagai pengarah dia percaya jalan cerita yang baik sudah cukup kuat untuk menarik perhatian penonton tanpa perlu diselitkan babak-babak keterlaluan seperti adegan bercium atau aksi ranjang.

"Kita sebagai pengkarya janganlah buat benda tak sepatutnya seperti bercium, aksi ranjang dan sebagainya.

"Bagi saya, kalau saya letak adegan tak sepatutnya untuk sensasikan produk, maksudnya saya tak percaya dengan karya saya. Kenapa kena ada elemen sensasi atau viral baru orang tengok?" katanya kepada mStar.

Tam memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa acara Viu Royal Night di W Factory, baru-baru ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi