PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha memilih untuk tidak terburu-buru dalam soal cinta kerana fokus utamanya kini adalah terhadap kerjaya seni.
Menurut Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, dia bimbang jika pasangannya mungkin berasa tersisih kerana tidak mendapat perhatian sewajarnya memandangkan kesibukan kerja.
“Ramai je yang cuba nak berkenalan dengan saya, semua mesej dekat media sosial ajak keluar pun ada tapi saya selesa untuk berkawan dengan semua orang terutama sekali peminat.
“Tapi saya rasa tak perlu la cuba mendekati saya sebab buat masa ini fokus saya kepada karier saja… jadi risau kalau bertepuk sebelah tangan macam tak seronok pula.
“Sakit nanti, jadi lebih baik kawan saja, bermesra di media sosial saja itu lebih baik untuk semua kerana saya sibuk dengan pelbagai perancangan soal kerjaya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































