suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adira seronok tengok Datuk Red buat ‘live’ berniaga, terbuka jalinkan kerjasama

PENYANYI Adira terbuka untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dengan bekas suaminya iaitu Datuk Red.

Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 32, dia tumpang gembira melihat kegigihan Datuk Red membina perniagaan dan sentiasa memberikan sokongan terhadap apa sahaja usaha yang dijalankan.

“Saya sentiasa berikan sokongan buat Datuk Red, saya pernah juga sekali turun padang tolong berniaga, itu pun secara tidak sengaja sebab waktu tu datang nak beli jualannya sekali ramai pula orang datang kan.

“Saya okay saja kalau nak bekerjasama dengan Datuk Red, kalau dengan kehadiran saya itu dapat bantu jualan apa salahnya… cuma sekarang masa saya untuk lunaskan kerja serta tanggungjawab sebagai penyanyi.

“Apa saja kemungkinan selepas ini saya okay saja sebab, kalau orang suka kan jadi mereka akan doakan baik-baik jadi apa salahnya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi