suria

Norman Hakim paling layak nasihat Marissa Dania, Danish tak campur urusan rumah tangga adik

KEMELUT rumah tangga melibatkan anak kepada Norman Hakim dan juga Abby Abadi iaitu Marissa Dania dan Aslam terus menjadi bualan ramai apabila timbul dakwaan pasangan itu sudah berpisah.

Bagaimanapun, abang kepada Marissa iaitu Danish Hakim memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai spekulasi tersebut kerana menghormati hak peribadi adiknya.

“Terus terang, saya banyak tak tahu sebenarnya pasal adik saya. Walaupun orang nampak kami rapat, tapi dia pun dah ada kehidupannya sendiri, begitu juga saya,” katanya kepada mStar. 

Danish memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa acara Viu Royal Night di W Factory, pada Khamis. 

Jelas Danish lagi, meskipun mengetahui sedikit sebanyak mengenai hal tersebut, dia enggan mendedahkan kerana bimbang tersalah memberi kenyataan yang akhirnya boleh mengundang salah faham.

“Ada la tahu sedikit, tapi saya tak boleh nak dedahkan sebab itu hak dia. Saya takut tersalah cakap. Bagi saya, lebih baik kalau benda macam ni biar Marissa sendiri yang jelaskan,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi