suria

Seminggu Den Manjo tak tidur gara-gara Eda Ezrin, bakal muncul duet baharu selepas ‘Bey Soba Bey’

PENYANYI Den Manjo mendedahkan perjalanan karier seninya terkesan selepas rakan duetnya iaitu Eda Ezrin, ditahan di Thailand pada November tahun lalu.

Menurut Den atau Mohamad Hafizzudin Md Yusof, 29, namanya turut terpalit sehingga ada penganjur acara membatalkan persembahan yang sudah dirancang.

“Sebagai rakan duet memang banyak terkesan ketika itu sebab waktu Eda ditahan, seminggu waktu Eda ditahan ramai hubungi saya terutamanya pihak polis.

“Mula-mula hanya tular berita di Thailand siarkan penyanyi lagu Cinta Setandan Pisang saja ditahan… ramai ingat saya ketika itu.

“Apa saja aktiviti saya lakukan ramai yang kecam, biasalah netizen kan… ada juga penganjur yang batalkan konsert dan paling besar waktu itu di Pulau Pinang,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Den bakal muncul dengan lagu baharu bersama Eda berjudul Cemburu dalam masa terdekat ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi