PENYANYI baharu Ryenald Guntabid tidak menyangka mampu meraih trofi Vokal Lelaki Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.
Bukan itu sahaja, Ryenald, 29, turut merangkul anugerah Penyanyi Baharu Terbaik.
Kemenangan itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi apabila ada yang mempersoalkan kelayakannya untuk mengetepikan penyanyi senior lain dalam kategori tersebut.
Kata Ryenald, bukan sahaja popularitinya dipersoalkan, namun ada juga netizen yang menyindir bentuk fizikalnya.
“Saya tidak sangka boleh menang sebab semua idola dalam kategori itu. Saya bersyukur dengan keputusan ini dan saya terima rezeki ini dengan tangan terbuka serta hati yang lapang.
“Bagi saya komen paling terkesan bila orang tidak kenal saya, cara mereka bertanya itu (seakan-akan) mempersoalkan kemenangan saya. Ada juga yang cakap saya gemuk, macam mana boleh nyanyi sedap seperti itu?” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































