LAGU Cicak nyanyian Allahyarham Cikgu Naim kini bukan sahaja terkenal di Malaysia malah sudah menular sehingga ke luar negara.
Isterinya iaitu Nor Afiza berkata kejayaan lagu itu membuatkan dia dan empat anak berasa bangga meskipun tidak dapat berkongsi momen indah tersebut bersama arwah suaminya.
“Saya bangga. Kalaulah arwah ada, dia mesti bangga. Anak-anak dan saya sangat bangga,” katanya sebak ketika ditemu bual mStar.
Mengulas mengenai proses penulisan lagu tersebut, Afiza mendedahkan karya itu sebenarnya terhasil secara spontan berdasarkan pemerhatian arwah terhadap sekeliling.
“Lagu itu terhasil spontan sahaja. Tiba-tiba sahaja keluar. Mungkin ketika itu dia tengah tengok cicak dekat dinding agaknya.
“Lagu-lagu yang ditulis semua spontan. Kalau nak pergi mana-mana, dia akan sediakan pen dan juga kertas. Kalau dia ada idea, dia tulis.
“Arwah juga terkenal dengan lagu Tikus dan Lembu,” jelasnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































