PENYANYI Jaclyn Victor tidak lagi berhasrat untuk menimang cahaya mata memandangkan usianya semakin meningkat.
Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 47, berkata dia khuatir sekiranya kehamilan itu kelak memberikan kesan terhadap kesihatannya tambahan pula usia sudah meningkat.
“Umur saya 47 tahun ini jadi saya rasa cukup dan tidak perlu sebab sudah ada anak dua sebelum ini.
“Saya tidak mahu mencari masalah ya kalau tambah anak ni nanti.
“Risau sebab usia 47 tahun jadi mungkin tidak la ya, kalau perkahwinan sebelum ini tiada anak mungkin boleh pertimbangkan untuk ada anak.
Untuk rekod, Jaclyn pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi asal Amerika Syarikat iaitu Shawn Rivera pada Julai 2014, namun bercerai selepas lima tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8 tahun.
Jaclyn kemudian berkahwin pula dengan seorang pensyarah iaitu Calvin T Samuel pada 25 Mei lalu.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































