suria

Muss diminta kurangkan muzik rock, lebihkan lagu kerohanian atas faktor usia

PENYANYI Muss tidak berkecil hati apabila ada segelintir netizen menganggap kehadirannya bersama kumpulan Barbarik kurang serasi dan tidak sesuai.

Menurut Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 56, dia sentiasa berlapang dada menerima setiap teguran dan nasihat, malah menganggap ia sebagai ruang untuk memperbaiki kelemahan demi memberikan persembahan terbaik buat peminat.

“Kita tak dapat nak penuhi semua orang punya kepuasan atau permintaan kan, tetapi saya bersyukur ada juga segelintir peminat yang mengikuti kami dan makin ramai jumlah bilangannya.

“Mungkin yang tak suka tu sebab mereka (netizen) sudah mengikuti saya menerusi kumpulan lama dulu, jadi bila dengan Barbarik ni cara agak berbeza maka ada yang tak boleh terima,”katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, ada pula netizen meminta agar Muss untuk menukar kepada genre muzik yang lebih Islamik mengikut kesesuaian usianya. 

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi