suria

Shuib tak putus asa gagal perniagaan, bisnes Bubblebee masih beroperasi

BERDEPAN fasa jatuh bangun dalam perniagaan, pelawak Shuib mengakui pengalaman lalu membuatkan dirinya lebih kuat dan tekad untuk bangkit semula tanpa menoleh ke belakang.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 41, berkata kegagalan itu sama sekali tidak membuatkan dia patah semangat, sebaliknya ia menjadi pengalaman berharga buat dirinya.

“Jatuh bangun dalam perniagaan ni memang biasa terutamanya buat peniaga, saya percaya pada nasib yang ada satu ketika pernah naik dan turun tapi saya pegang satu perkara tidak akan berhenti atau mengalah.

“Saya belum betul-betul berjaya dan jauh lagi perjalanan dalam bidang perniagaan mungkin ini permulaan saya… Saya yakin kalau sentiasa tidak berhenti berusaha dalam perniagaan sebab Allah tidak pernah tidur dan doakan saja.

“Saya sudah tak larat nak rasa down sebab dulu pernah dikejar orang sebab hutang, soal komitmen sampai orang datang rumah dan ada juga yang call hari-hari… Sampai pernah rasa tak ada apa dah sebab duit simpanan pun habis,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi