BAGI mengelakkan sebarang isu berbangkit, penyanyi Inul Daratista memberitahu dia ada mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berwajib sebelum menjayakan Konsert Inul Daratista Live In Malaysia: Millennial Dangdut Nusantara yang bakal berlangsung di Pulau Pinang pada 6 Disember depan.
Kata Inul atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah, 46, dia akan mematuhi garis panduan ditetapkan sepanjang persembahannya itu.
“Saya akan membuat persembahan pada Disember nanti di Spice Arena, Pulau Pinang jadi tak sabar sebenarnya nak buat persembahan di sana sebab sudah lama tak datang ke Malaysia.
“Ya saya tahu (garis panduan), jadi perkara itu memang akan saya kaji dulu mengikut tempat persembahan.
“InsyaAllah sebab saya akan patuh segala peraturan yang ada di Malaysia ni, sebelum buat persembahan tu nanti kalau ada pihak atau Majlis Agama Pulau Pinang yang berikan nasihat saya akan ikuti,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

































































































































































