suria

Pengalaman umur 20 tahun paling ‘happening’, Riezman Khuzaimi mengaku budak nakal

MENJELANG sambutan ulang tahun ke-20 mStar, portal ini mengimbau kembali kisah ‘throwback’ anak seni dan selebriti ketika mereka berusia 20 tahun.

Untuk episod kali ini, mStar menampilkan pelakon Riezman Khuzaimi yang berkongsi pengalamannya sebelum bergelar anak seni.

Cerita Riezman, 55, semasa usia tersebut dia sedang melanjutkan pelajarannya di universiti.

“Ketika itu saya sedang belajar dekat universiti. 20 tahun ini sebenarnya angka yang paling nakal. Itu momen yang paling seronok sebab banyak cinta monyet ketika itu.

“Ketika itu juga semua benda saya nak cuba. Itu paling nakal lah dalam hidup sebab masuk 21 tahun nanti tanggungjawab dah lain sebab sudah dewasa ,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi