PELAKON Noorkhiriah menerima dengan hati terbuka setiap teguran dan nasihat netizen yang memintanya menjaga aurat terutamanya suara ketika menyanyikan lagu cover bersama Lan Solo.
Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Sapie, 47, berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran itu malah meminta orang ramai agar tidak memandang serius perkara itu kerana nyanyiannya hanyalah sekadar suka-suka.
“Mungkin betul juga suara tu aurat tapi saya kata itu khilaf tapi minta maaf terlebih dahulu dan saya terima dengan hati terbuka setiap komen mereka (netizen).
“Tapi itu adalah minat saya sebab itu sajalah cara untuk hiburkan hati ini… kadang-kadang orang nampak macam okay tapi sebenarnya tidak, jadi dengan nyanyi cara untuk lepaskan segala tekanan atau masalah.
“Saya tak terkesan dengan komen itu sebab tak semua orang suka dengan kita, hidup saya nak tenang sekarang ni jangan disebabkan komen itu nak jadi down pula tapi ambil sebagai positif,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

































































































































































