PEMAIN gitaris XPDC Militia, Izo tampil menafikan dakwaan kononnya kumpulan itu hanya memilih untuk membuat persembahan di konsert berskala besar sahaja.
Menurut Izo atau nama sebenarnya Mohd Zulkifly Nik Hussin, 61, tuduhan itu tidak benar kerana mereka sentiasa terbuka menerima apa sahaja undangan sama ada untuk persembahan kecil, ekspo mahupun karnival selagi bayaran yang ditawarkan berbaloi dengan nama besar XPDC.
“Kalau kami nak buat persembahan di karnival atau expo selalu akan berbincang terlebih dahulu mengenai urusan harga sebelum buat mana-mana persembahan
“Kami selalunya akan tanya dulu peralatan muzik bagaimana kalau semuanya okay baru kami akan ambil tawaran persembahan tu.
“Kami tiada masalah untuk bermain di persembahan kecil atau karnvial biasa janji bayaran setimpal sebab kena faham juga kami kena bayar gaji pekerja dan kos-kos lain jadi tak ada timbul isu memilih ke apa,”katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, XPDC dan Search bakal beraksi dalam sebuah Konsert Fenomena Samurai bertempat di diadakan di Kuching, Sarawak pada 13 Disember 2025.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































