MENJELANG sambutan ulang tahun ke-20 mStar, portal ini mengimbau kembali kisah ‘throwback’ anak seni dan selebriti ketika mereka berusia 20 tahun.
Untuk episod kali ini, mStar menampilkan pelakon Aleza Shadan yang berkongsi pengalamannya sebelum bergelar anak seni .
Cerita Aleza atau Norhasliza Shadan, 49, dia tidak mendapat restu bapa sewaktu di awal kemunculan dalam industri hiburan ketika berusia 20 tahun.
“Saya bermula sebagai pelakon tambahan dulu waktu awal kemunculan dan ketika itu saya bekerja di pejabat dan selalu minta cuti tanpa gaji kalau nak pergi shooting.
“Mak saya setuju waktu mula-mula nak jadi artis tapi arwah bapa tidak sebab dia risau dengan keadaan dunia selebriti ketika itu… risau saya buat yang bukan-bukan.
“Mak saya yang selalu cover dan jadi pengurus ketika itu, selepas cerita saya berlakon itu keluar, saya bawa datang set penggambaran kemudian baru arwah bapa setuju dan okay,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































