PROSES perceraian yang masih belum selesai memberi kesan kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin sehingga dia mula merasakan penat berdepan dengan situasi turun naik mahkamah.
Bagaimanapun, Nora atau nama sebenarnya Norafizah Ariffin, 52, tetap reda untuk mengikut segala prosedur yang ditetapkan mahkamah memandangkan dia tidak mempunyai pilihan lain selain patuh kepada undang-undang.
“Penat? Ya, penat. Tapi ini prosedur mahkamah. Tiada jalan yang lebih cepat?

Nora hormat prosedur ditetapkan mahkamah.
“Ini prosedur, kita kena ikutlah. Apa-apa pun kami minta yang terbaik sahajalah. Kalau boleh, cepat-cepatkan,” katanya ketika ditemui pada Rabu.
Nora berkata demikian selepas selesai prosiding pelantikan hakam bagi perceraiannya dengan suami, Dr Rushdi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor.
Dalam pada itu, Nora menyedari ada segelintir netizen yang mula meluahkan rasa bosan terhadap isu rumah tangganya.
“Kadang-kadang orang tak faham prosedur mahkamah. Ada yang tuduh bukan-bukan. Kita kena ikut dan hormat mahkamah,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Nora Ariffin tunggu proses hakam tentukan nasib perkahwinan, akui hubungan isteri pertama dan kedua positif… “Ia sesuatu yang seronok tetapi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Jarang jumpa sebab sibuk bekerja, tapi suami masih pulang jenguk Nora Ariffin
Sementara itu, anak sulung Nora iaitu Muhammad Syakir Iman Johan, 32, berharap agar ibunya mendapat keputusan yang terbaik.
Kata Syakir, dia hanya mahu melihat ibunya bahagia tanpa sebarang gangguan daripada pihak luar.
“Saya rasa sebagai anak sulung, benda ini sebenarnya tidak perlu masuk campur. Tetapi kalau dah sampai tahap ini, kami terpaksa bertanggungjawab cari yang terbaik.
“Sebagai anak, saya nak tengok ibu saya bahagia. Dia dengan Dr Rushdi sebenarnya okay sahaja.
Penat? Ya, penat. Tapi ini prosedur mahkamah. Tiada jalan yang lebih cepat?
NORA ARIFFIN
PENYANYI
“Tapi bila ada campur tangan luar, itu yang ganggu keharmonian mereka dan beri kesan pada keluarga kami,” jelasnya.
Syakir turut memaklumkan proses pelantikan hakam berjalan dengan tenang apabila kedua-dua pihak memilih anak lelaki sulung masing-masing sebagai wakil.
Syakir tampil sebagai wakil hakam untuk ibunya manakala, Dr Rushdi melantik anak sulung, Muhammad Shakir sebagai wakil.
Jelasnya, satu perbincangan empat mata akan diadakan sebelum tarikh sebutan seterusnya pada 30 September depan.

Syakir dedah hubungan Nora dan Dr Rushdi mula goyah selepas kewujudan pihak ketiga.
“Kalau tidak ada kata sepakat, barulah perkara ini akan dibawa ke hakam mahkamah,” katanya.
Menurutnya lagi, hubungan keluarga dengan Dr Rushdi mula goyah disebabkan kewujudan pihak ketiga.
Dalam masa sama, Dr Rushdi ketika ditemui media menegaskan beliau kekal dengan pendirian untuk mencari jalan damai.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes perceraian mereka pada 30 September depan.

Kes cerai Nora dan Dr Rushdi masih belum capai kata sepakat.
Untuk rekod, Nora mengesahkan telah berkahwin dengan Dr Rushdi pada penghujung 2021.
Sebelum itu, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


