suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati-hati pilih ‘content’, Bella Astillah tolak jika keterlaluan

Setiap perkongsian Bella sering menjadi perhatian ramai.

SEBAGAI seorang ibu, penyanyi dan pelakon Bella Astillah sentiasa berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial. 

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata, dia tidak mahu apa yang dipaparkan menjadi tatapan anak-anaknya di masa akan hadapan. 

Malah dia sendiri bersama pasukan pengurusan akan memeriksa setiap kandungan yang diberikan oleh pihak klien agar tidak melampaui batas. 

Bella tidak mahu sebarang kandungan di media sosial memberi kesan kepada anak-anaknya. 

"Kami akan semak dahulu sebelum bersetuju untuk buat content, tapis dahulu perkara yang tidak sepatutnya. 

"Saya pun risau sebab ada anak-anak, mereka akan lihat semua itu. Cuma jika ada yang membuatkan orang tidak selesa saya minta maaf. Itu mungkin terlepas pandang," katanya kepada mStar. 

Bella ditemui ketika majlis sidang media dan tayangan drama terbaharu lakonannya berjudul #Fyp yang berlangsung di Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur pada Selasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dah muak pick-up line Bella Astillah dan Syed Saddiq... “YB pun macam malas nak layan” 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tak salam dan pandang Sophia Albarakbah, netizen kata suasana atas pentas nampak ‘awkward’... “Yang ini saya kenal sangat”

Pelakon ini juga memberitahu rata-rata pihak klien amat memahami dan memberi kerjasama baik ketika menawarkan kontrak kerja atau bagi tujuan reviu produk. 

"Ada juga yang minta di luar keselesaan saya seperti mempromosikan cincin. 

"Namun apabila ditolak, pihak klien faham kerana saya tidak mahu perkara ini sampai melibatkan keluarga," jelasnya. 

Bella teliti dalam memilih tawaran kerja. 

Sementara itu bercakap tentang drama #Fyp, Bella terbuka untuk terlibat sama kerana teruja dengan jalan cerita berbeza. 

Drama arahan Nor Ashikin Zainal itu akan mula ditayangkan pada 12 September ini di saluran TV2. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain