suria

[V] “Tidak patut imbau kisah lama saya” - Sherry Ibrahim minta netizen ‘move on’, ungkit sejarah silam sebagai buli siber

PELAKON Sherry Ibrahim berpendapat kisah peribadi yang berlaku dalam hidupnya tidak wajar menjadi bahan bualan ramai sehingga hari ini. 

Bagi Sherry atau Syarizad Ibrahim, 42, biarpun jarang bercakap tentang dirinya, namun tidak bermakna dia masih mengenangkan kisah lama. 

Malah tindakan mana-mana pihak yang kembali memuat naik kisah silamnya di media sosial turut dianggap sebagai satu perbuatan buli siber. 

Luahan Sherry di Instagram sebelum tentang kisah silam yang kembali menjadi sebutan. 

“Tak adil kalau orang kata saya tidak kongsi kisah peribadi sebab masih tersekat dengan kisah lama. Cerita peribadi saya bukan untuk ditunjukkan kepada umum. 

“Tidak patut rasanya nak imbau kembali kisah lama saya. Sudah tiba masa untuk move on. 

“Saya juga melihat ia sebagai siber buli kerana hal ini memberi kesan kepada diri sendiri,” katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim minta jangan ungkit kisah lalu... “Saya sendiri sudah reda dan berdamai dengan takdir”

ARTIKEL BERKAITAN: Individu fitnah belum minta maaf, Sherry Ibrahim anggap ladang pahala percuma

Sherry ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul #Fyp yang berlangsung di Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumput pada Selasa. 

Sherry mengulas perkara itu susulan luahan yang dibuat di media sosial sebelum ini tentang kekesalan apabila ada yang kembali mengungkit kisah silam. 

Katanya dia mengetahui perkara tersebut apabila ada kenalan yang menghantar tangkap layar hantaran di media sosial tentang dirinya. 

Dah tiba masanya untuk saya luahkan tentang diri sendiri

SHERRY IBRAHIM 

PELAKON 

Lama mendiamkan diri, Sherry percaya luahan tersebut adalah langkah terbaik untuk menjernihkan kekeliruan. 

“Dah tiba masanya untuk saya luahkan tentang diri sendiri. Bukan mudah untuk saya tulis perkara itu sebab takut disalah anggap. 

“Saya kongsi supaya orang dapat faham. 

Sherry minta kisah lama tidak terus diperkatakan. 

“Lega rasanya bila dah berkongsi. Saya dapat maklum balas positif daripada pelbagai pihak,” ujarnya. 

Dalam masa sama pelakon ini juga berharap tidak lagi timbul perkara sebegini di masa akan datang. 

Bukannya mahu naik hantu, tetapi apa yang berlaku membuatkam dia tertanya-tanya motif sebenar pihak luar bercakap tentang dirinya. 

“Saya bukanlah terkilan. Cuma tertanya-tanya, macam ada satu persoalan yang tiada jawapan,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain