suria

Tiga kali beri salam, pengurus produksi tak kenal Atiq Azman.... Cari kerja baharu tambah pendapatan

Atiq terbuka untuk mencari tawaran berlakon.

PELAKON Atiq Azman berkongsi luahan tentang sikap seorang pengurus produksi yang dikatakan tidak mengenali dirinya ketika cuba meminta tawaran kerja baharu. 

Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 25, mempersoalkan jawapan diberikan oleh individu berkenaan yang seolah-olah menggambarkan dia tidak beradab. 

"Kalau iya pun hina saya, jawab salam kan wajib. Tiga kali saya beri salam bang. 

Perkongsian Atiq di Threads. 

"Adakah saya silap abang ada agama lain? Saya mohon maaf kalau tersilap, tapi macam Melayu ketika saya call hari i itu," katanya. 

Atiq menulis perkara tersebut dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada malam Isnin. 

Dia juga berkongsi tangkap layar perbualan dengan individu berkenaan dan mereka berdua dilihat sudah lama kenal. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Paling biadab, perangai pun macam musibat” - Atiq Azman dedah sikap buruk pempengaruh di set penggambaran 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Atiq Azman hamil anak sulung, takut kehilangan sebab disyaki kandungan luar rahim

Menerusi perbualan di aplikasi WhatsApp, Atiq memohon jasa baik individu berkenaan untuk memberikan tawaran berlakon meskipun hanya watak pembantu. 

Namun jawapan yang diberikan diluar jangkaan kerana individu itu tidak mengenali dirinya dan dianggap sebagai scammer. 

Tambah pelakon ini tindakan menghubungi pengurus produksi adalah satu perkara biasa, lebih-lebih lagi dia kini menguruskan kerjaya sendiri. 

Atiq cari peluang pekerjaan baharu. 

Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza, Atiq juga memohon bantuan untuk mendapatkan perkerjaan sebagai salah satu cara menambah pendapatan.

"Saya dengan rendah hati, jika ada kerja kosong bergaji, boleh PM (private messege) saya tak?

"Bukan tak nak berlakon, buat masa sekarang nak cari gaji lebih sahaja. Terima kasih," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain