suria

Eyra Hazali ajar anak tutup mata masuk tandas wanita, elak rasa tak selesa pengguna lain

Eyra berkongsi pandangan berhubung isu yang hangat diperkatakan di media sosial.

SUSULAN isu hangat yang sedang dibahaskan di media sosial, pelakon Eyra Hazali memberitahu dia tiada pilihan untuk membawa anak-anak bersama ke tandas wanita sekiranya tidak ditemani suami. 

Eyra atau Hazira Qasdina Hazali, 26, berkata, tindakannya itu disebabkan dia dan suaminya yang juga penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli kini dalam situasi perkahwinan jarak jauh (PJJ).

Pun begitu, aktres berkenaan mengambil langkah berhati-hati bagi menjaga sensitiviti pengguna tandas awam wanita yang lain.

Eyra berharap

Perkongsian Eyra di Threads miliknya.

"Saya ada tiga anak lelaki dan PJJ dengan suami. Nak tak nak kalau keluar pergi pusat beli belah atau ke mana sahaja tanpa suami memang kitalah kena bawa ke tandas. 

"Tapi Eyra memang dah ajar masuk tandas wanita mereka kena tutup mata atau menghadap peluk Eyra sambil tutup mata sebab Eyra tahu ada yang tak selesa walaupun anak-anak masih kecil lagi," katanya. 

Eyra berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih suka kritik daripada nasihat, Eyra Hazali ‘sound’ ibu bapa terpaling bagus besarkan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Eyra Hazali tunjuk wajah hero ketiga, beri nama Muhammad Hud Ezqandar

Tambah Eyra, dia lebih memilih untuk mengunjungi pusat beli-belah yang menyediakan kemudahan tandas kanak-kanak sebagai alternatif supaya lebih selesa. 

Luah Eyra, dia berharap pengguna tandas wanita lain bersikap terbuka dan memahami situasi yang berlaku kepada individu lain khususnya golongan ibu.  

"Tapi kebanyakannya Eyra lebih memilih untuk pergi ke pusat beli belah yang ada tandas kanak-kanak. 

"Kadang-kadang kita kena faham situasi orang lain juga ya para ibu," ujarnya. 

Sebelum ini, seorang individu meluahkan pendapat di Threads menyatakan para ibu perlu mengelakkan membawa anak lelaki berusia tujuh hingga sembilan tahun masuk ke tandas wanita. 

Eyra (kiri) terpaksa membawa anak-anak masuk ke tandas wanita sekiranya tidak ditemani suami (kanan).

Perkongsian itu menjadi bualan hangat di media sosial yang rata-ratanya memberikan pendapat berbeza. 

Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 November 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 5, Muhammad Endra Haqimie, 3, dan Muhammad Hud Ezqandar yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain