suria

Disindir tidak berbakat, anak Sharifah Zarina sedar tak layak menyanyi di pentas pertandingan

Athalia (kiri) sudah berusaha membuat persembahan terbaik setiap minggu.

BERDEPAN kritikan hebat netizen sejak minggu pertama program realiti, Talk To My Manager bersiaran, penyanyi Athalia Buswani akhirnya tampil bersuara meluahkan tekanan emosi yang dialami sepanjang terbabit dalam pertandingan itu. 

Athalia atau Athalia Deena Buswani, 22, berkata, dia sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan daripada segi persembahan dan penghayatan, namun tetap tidak menerima sebarang pujian.

"Bukan saya nak merayu simpati atau apa pun. Saya tahu saya ini tak layak untuk menyanyi atas pentas pertandingan. Perkara ini sudah diberitahu oleh ibu (Sharifah Zarina) sendiri di program siaran langsung. 

Athalia kesal sering kali menerima kritikan negatif daripada netizen.

Athalia kesal sering kali menerima kritikan negatif daripada netizen.

"Tetapi saya cuba untuk tambah baik persembahan sejak minggu pertama dan masih tidak mendapat pujian walaupun sedikit," katanya. 

Athalia yang juga anak kepada penyanyi Sharifah Zarina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Isnin. 

Dalam pada itu, Athalia memberitahu tekanan yang diterima bukan sahaja menjejaskan semangatnya malah turut memberi kesan terhadap kesihatan mental.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Sharifah Zarina dan Elliot James Reay rupanya sudah lama kenal, selalu datang lepak di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Zarina buat comeback, muncul lagu baharu wakili generasi 4 series... Bagi mesej ‘40 masih muda’

Malah, anak kepada penyanyi Sharifah Zarina ini turut menyifatkan industri hiburan tidak pernah adil khususnya buat bakat baharu yang masih mencari ruang untuk membuktikan bakat mereka. 

"Bukan sahaja ia membuatkan saya mempersoalkan nilai diri saya tetapi ia juga menyeksa saya secara mental. 

"Industri ini memang tidak pernah adil," katanya. 

Sebelum ini, persembahan Athalia di minggu kedua program Talk To My Manager menerusi lagu Langit Ketujuh mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. 

Athalia dan Zarina (kiri) menyertai program realiti Talk To My Manager.

Athalia dan Zarina (kiri) menyertai program realiti Talk To My Manager.

Dakwa netizen, suara Athalia tidak layak untuk memasuki pertandingan nyanyian sebaliknya hanya sesuai dalam sesi karaoke. 

"Layak menyanyi dekat dalam bilik karaoke saja macam aku ni. 

"Tak sedap langsung (nyanyian). Ini dah minggu kedua ke laut. Dah boleh kot keluar (tersingkir) minggu depan," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain