suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan pernah selamatkan Utusan Malaysia, Kosmo! sebelum ini - PM

Anwar mahu persoalan mengenai halatuju Utusan Malaysia dan Kosmo! diajukan kepada penerbitnya.

KEMELUT yang melanda penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! susulan langkah menempatkan kira-kira 100 pekerja dalam program cuti bergaji turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika mengulas mengenainya, beliau bagaimanapun menyatakan, persoalan berhubung langkah terbaharu itu perlu diajukan secara terus kepada penerbit kedua-dua akhbar berkenaan iaitu Media Mulia Sdn Bhd.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa kerajaan pernah membantu menyelamatkan syarikat penerbitan berkenaan ketika berdepan kesukaran operasi kira-kira tujuh tahun lalu.

"Kita pernah bantu menyelamatkannya sebelum ini," ujar beliau.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 serta pelancaran Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) pada Rabu.

Beliau diminta mengulas sama ada langkah rasionalisasi syarikat itu wajar dilaksanakan dan sama ada pekerja yang terjejas akan menerima pampasan.

Pada Isnin lalu, Pengarah merangkap Ketua Pegawai Kewangan Media Mulia, Abd Wahid Idris mengumumkan kira-kira 100 pekerja akan ditempatkan di bawah Program Cuti Bergaji sebagai sebahagian daripada langkah rasionalisasi syarikat.

Menurut Abd Wahid, syarikat sedang menilai semula model perniagaan, struktur operasi dan hala tuju strategiknya bagi memastikan kelangsungan perniagaan dalam jangka panjang.

Langkah itu dilaksanakan ketika industri media berdepan pelbagai cabaran.

Untuk rekod, penerbit terdahulu, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd menamatkan operasi pada 9 Oktober 2019 selepas berdepan krisis kewangan berpanjangan, sekali gus menghentikan penerbitan Utusan Malaysia dan Kosmo! selepas 80 tahun.

Kedua-dua akhbar itu kemudian kembali menemui pembaca pada 20 Julai 2020 di bawah penerbit baharu, Media Mulia Sdn Bhd, selepas lebih sembilan bulan terhenti. -The Star

Artikel Lain