PENYANYI Haida nekad untuk kembali berdiet dan menurunkan berat badannya selepas insiden terjatuh sebanyak dua kali sewaktu membuat persembahan di atas pentas sempena program Hits Nostalgia Volume 3 di Pahang pada Ahad lalu. Haida atau nama sebenarnya Siti Haida Hasnan, 48, menjelaskan kejadian tersebut bukan berpunca daripada pentas yang licin atau pemakaian kasut tumit tinggi, sebaliknya mengakui faktor fizikal tubuh yang semakin berisi. "Sejak daripada insiden tersebut, saya sekarang memang sedang berdiet. Dah lama saya tidak aktif menyanyi kerana banyak menghabiskan masa di rumah selain sibuk menguruskan perniagaan bengkel kenderaan.Haida sebelum ini tular gara-gara terjatuh semasa melakukan persembahan. "Sekarang saya sedang mulakan semula rutin diet yang cepat sebab sebelum ini cara itu memang memudahkan berat badan saya turun."Ada juga yang mencadangkan supaya saya buat pembedahan bariatrik (potong usus), tetapi saya takut sekiranya timbul komplikasi. Berat saya sekarang mencecah 80 kilogram (kg) dan saya mahu turunkan sekurang-kurangnya ke 70kg," katanya ketika dihubungi mStar. Mengulas mengenai keadaannya selepas video insiden jatuh tersebut tular di media sosial, Haida bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius kerana menerima rawatan awal daripada pasukan kecemasan di lokasi acara.Haida bagaimanapun memberitahu mula berasa sakit badan dan mengalami demam ringan kesan daripada insiden terbabit.ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan ‘cute’ tak mampu selamatkan Haida Hasnan, jadi peserta kedua tersingkir GV9 ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Enggan ikut nasihat Ramli MS bawa padah, konsert ketiga GV9 paling mencabar buat Haida Hasnan"Pentas semuanya dalam keadaan baik dan bukan juga sebab kasut tumit tinggi. Cuma mungkin kaki saya, maklumlah badan pun dah semakin 'semangat'."Badan dengan kaki dah tak seimbang. Bila turun saja dari pentas, pasukan perubatan terus tuamkan ketulan ais jadi tiada bengkak yang teruk. "Cuma hari ini badan mula rasa tak sedap dan demam-demam sikit, jadi saya makan ubat dan berehat sahaja. Tiada kecederaan parah, cuma bahagian kaki rasa sengal-sengal," ujarnya. Bercerita mengenai kemunculan kembali di pentas, Haida memberitahu kali terakhir dia menjayakan persembahan berskala besar adalah sewaktu menyertai pentas Gegar Vaganza (GV) sebelum mengambil keputusan berehat panjang untuk memberi fokus kepada perniagaan.Haida mahu kembali aktif dalam industri. "Kali terakhir saya menyanyi di pentas rasanya waktu program GV dahulu. Selepas GV, saya memang ambil keputusan untuk berehat daripada menyanyi sebab mahu fokus memindahkan dan menguruskan perniagaan bengkel di tempat baharu."Sebenarnya saya tak ada rasa gementar pun sebab masa sesi latihan sebelah petang semuanya berjalan lancar apabila melihat semua orang sangat suportif."Cuma bila mula menyanyi lagu Hajat, saya rasa sebak sangat dan hampir menangis sebab takut orang tak menyokong selepas lama menyepi. Tetapi bila dengar mereka bersorak dan memberi tepukan gemuruh, perasaan itu sangat mengharukan," ujarnya.