suria

[VIDEO] Enggan ikut nasihat Ramli MS bawa padah, konsert ketiga GV9 paling mencabar buat Haida Hasnan

PENYANYI Haida Hasnan menyifatkan konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) paling mencabar bukan sahaja buat dirinya tetapi kesemua 12 peserta lain.

Haida atau Siti Haida Hasnan, 44, yang menjadi peserta kedua tersingkir berkata, ini disebabkan peserta diberikan lagu yang berlainan genre dengan forte mereka sehingga menjejaskan kualiti persembahan.

Penyanyi lagu Hajat ini juga menjelaskan kekurangan waktu berlatih dan tidak dapat mengawal pernafasan dengan baik turut menjadi punca persembahannya pada malam itu banyak kekurangan sehingga menyebabkan dirinya tersingkir.

"Jika saya ikut nyanyian ketika latihan asal, ada satu bahagian itu sebenarnya pendek sahaja.

haida1

Minggu ketiga diakui sedikit sukar dengan genre yang diberikan.

"Tetapi saya ambil risiko untuk panjangkan sedikit dan latihan bersama band sangat penting. Saya akui memang kekurangan masa berlatih, lebih-lebih lagi pada bahagian itu," katanya.

Pada persembahan minggu ketiga itu, Haid menyampaikan lagu Nang nyanyian asal Iman Troye.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan ‘cute’ tak mampu selamatkan Haida Hasnan, jadi peserta kedua tersingkir GV9

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan merajuk! Haida Hasnan sibuk urus bengkel kereta, selesa besarkan anak sebagai ibu tunggal

Sementara itu, Haida berkata, masalah 'stage fright' juga menjadi salah satu faktor persembahannya pada malam itu kurang memuaskan.

Masalah itu juga menyebabkan dia gagal mengawal pernafasan dengan baik seterusnya membuatkan persembahannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

haida

Lapan lagi peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

"Apabila berdiri di atas pentas dengan 'stage fright' dan dada berdebar-debar, saya gagal mengawal pernafasan dengan baik.

"Jujurnya Tok Ram ada nasihat saya untuk tidak mengubah lagu tersebut tetapi saya sendiri mengambil risiko itu," jelasnya.

Untuk rekod, Haida mendapat markah terendah iaitu 53.40 peratus pada konsert tersebut manakala Shila Amzah berada di tempat pertama dengan 78.8 peratus diikut Bob (77.3) dan Hazrul Nizam (71.9).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain