suria

Emma Maembong potong rambut pendek, netizen puji nampak lebih muda

Emma Maembong tampil dengan rambut baharu.

NAMA pelakon Emma Maembong menjadi perhtian netizen selepas tampil gaya rambut baharu dengan potong pendek sehingga terlihat lebih muda.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, memuat naik video yang memaparkan perubahan rambutnya yang panjang paras bahu menjadi pendek di bawah paras telinga.

Menerusi video yang dimuat naik Emma di Instagram itu dapat dilihat pelakon berkenaan begitu gembira dengan gaya rambutnya yang baharu.

Emma kelihatan lebih segar dengan potongan rambut pendek.

Peminat pelakon itu turut memuji kecantikan pelakon berkenaan dengan potongan rambut berkenaan yang dilihat semakin muda namun ada juga yang berpendapat bahawa Emma lebih manis berambut panjang.

"Nampak muda la Emma, tapi rambut panjang buat Emma nampak lebih sweet.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi mesra Emma Maembong dan Shah Jaszle siap bertepuk punggung undang kecaman... Michael Ang tak tahu video dah tular!

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong mahu ramai anak, sejak habis pantang usaha tambah cahaya mata kedua

"Ada drama baru ke sampai potong rambut pendek ni? Tapi cantik betul.

"Ada anak memang akan potong rambut pendek, mesti dia rimas dengan rambut gugur," antara komen netizen.

Sebelum ini, penampilan Emma sememangnya sentiasa menjadi netizen terutama berhubung isu pemakaiannya.

Emma juga pernah dilanda kontroversi apabila membuat keputusan untuk membuka tudung selepas beberapa keping foto tidak berhijab tular di media sosial spada tahun 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain