suria

Azhar Sulaiman minta Kasih Iris Leona tak tunjuk teman lelaki di media sosial, elak jadi tumpuan ramai

Azhar Sulaiman pesan agar Leona dedah teman lelaki bila dah serius.

SEBAGAI ibu bapa pasti berasa bimbang tentang masa depan anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa terutama jika anak itu sentiasa menjadi perhatian orang ramai.

Sama juga yang dirasai pelakon Azhar Sulaiman terhadap anaknya, Kasih Iris Leona, 20, yang juga merupakan personaliti media sosial.

Azhar, 51, berkata, dia berharap agar Leona tidak lagi mendedahkan dengan siapa dia bercinta kepada umum.

Sebaliknya menggalakkan anaknya itu memperkenalkan identiti lelaki tersebut apabila sudah bersedia untuk berkahwin.

Azhar Sulaiman nasihat Leona elak jadi tumpuan netizen lagi.

"Dear Nuna (Leona)... Lepas ini kalau dah confirm nak masuk minang sahaja baru awak tunjuk pada semua orang siapa teman lelaki awak ok," katanya.

Perkara itu diluahkan Azhar menerusi akaun Instgarm miliknya.

Dalam pada itu, Azhar turut menitip nasihat untuk anak gadisnya itu agar lebih berhati-hati dan tidak menjadi tumpuan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman faham jiwa anak remaja, harap Kasih Leona berubah apabila berjauhan dengan keluarga di UK

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Azhar Sulaiman akui bukan mudah tegur anak, nak angkat rotan dah tak sesuai... Hanya mampu doa agar berubah

"Jangan jadikan diri awak kembali menjadi tumpuan. Berjaga-jaga dengan sisi gelap," katanya lagi.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet memahami bukan mudah untuk menjadi ibu bapa sekaligus berharap agar Leona menjadi insan lebih matang.

"Sangat faham, bukan senang nak jadi ibu bapa. Kita dah lakukan yang terbaik untiuk anak.

Azhar Sulaiman bimbang masa depan Leona.

"Semoga pengalaman menjadikan Nuna lebih matang dalam kehidupan akan datang. Doakan yang terbaik untuk dia.

"Tak apa dia muda lagi, nanti akan jumpa lelaki yang tepat," kata netizen.

Sebelum ini, Leona dikatakan menjalinkan hubungan cinta bersama seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Ryan namun hubungan mereka dikatakan sudah berakhir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain