suria

Tajuk lagu panjang, Naim Daniel mahu sampai mesej secara terus kepada peminat

Kerjasama pertama Naim dan Dolla menerusi lagu Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat.

TAMPIL dengan lagu duet bersama Dolla berjudul Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat, penyanyi Naim Daniel memberitahu sengaja membuat kelainan dengan meletakkan tajuk lagu yang panjang.

Kata Naim, menerusi tajuk itu juga, ia menggambarkan jalan cerita sebenar yang ingin disampaikan menerusi lirik ciptaannya itu.

“Saya pun tak tahu macam mana nak pendekkan tajuk lagu ini kerana dari awal memang diberi judul begitu. Susah nak pilih perkataan yang sesuai. Jadi letak terus salah satu baris dalam lagu ini sebagai tajuk.

“Saya rasa ia juga memberi satu kelainan. Kalau dengar lirik pun ia straight forward. Sebab itu saya letak tajuk ini bagi menggambarkan kesedihan dalam lirik,” katanya kepada mStar.

naim daniel 33

Naim harap peminat mudah ingat lagu baharunya meskipun tajuk panjang.

Naim dan Dolla ditemui ketika majlis pelancaran lagu serta muzik video karya terbaharu mereka itu yang berlangsung di Petaling Jaya pada Jumaat.

Memilih Dolla sebagai rakan duet, kata Naim dia mahu memberi ‘warna’ berbeza dalam lagu yang sudah dicipta sejak setahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu fokus persembahan sampai terlepas pandang baju seksi... Dolla mohon maaf, lebih berhati-hati soal pemakaian

ARTIKEL BERKAITAN: “CL pun pakai jaket labuh”... Dolla kunci mulut isu berpakaian seksi, pihak pengurusan akan buat kenyataan

“Antara sebab lagu ini lambat dilancarkan adalah kerana faktor masa. Saya sudah siapkan lagu ini setahun lalu. Lirik lagu ini sangat mudah difahami dan saya gunakan bahasa mudah dan bersesuaian dengan masyarakat sekarang.

“Pada awalnya ia dicipta untuk penyanyi lelaki, namun tiba-tiba saya dapat ilham untuk dibawakan secara duet bagi menambah warna lebih menarik.

Kalau dengar lirik pun ia straight forward. Sebab itu saya letak tajuk ini bagi menggambarkan kesedihan dalam lirik

NAIM DANIEL

PENYANYI

“Setiap anggota Dolla ada kelebihan mereka tersendiri. Tidak ada sebarang masalah kami bekerjasama kerana masing-masing boleh menonjolkan kemampuan sendiri dalam baris nyanyian mereka,” jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang kerjasama pertama mereka, Dolla memberitahu Naim banyak memberi tunjuk ajar untuk mendalami maksud setiap baris lirik memandangkan ini adalah adalah kali pertama kumpulan itu menyanyikan lagu genre balada.

Mereka juga turut menyumbang idea dalam pembikinan muzik video yang dilakukan di sekitar kawasan Pulau Indah itu.

“Sebelum memulakan rakaman, Naim sendiri meminta kami menyanyikan bahagian tertentu supaya dia ia boleh disampaikan dengan baik mengikut kemampuan masing-masing.

naim daniel 11

Naim dan Dolla sama-sama sumbang idea untuk MV lagu mereka.

“Ini juga sebuah karya yang berat kerana kali pertama kami memberanikan diri membawa genre sebegini. Lagu ini sangat beremosi dan sedih.

“Kami juga memberi idea untuk penghasilan muzik video supaya makna lagu ini dapat disampaikan.

"Kami sangat seronok walau menjalani penggambaran selama 16 jam,” jelas mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain