suria

“Tetap ada waktu jatuh dan bangkit aku” - Ryan Bakery selamat bergelar suami kepada Elyia Ibrahim

Ryan dan Elyia selamat bergelar suami-isteri pada Sabtu. Foto Instagram @ryanbakery

PERSONALITI TikTok, Ryan Fahmi Bakery sah bergelar suami dengan wanita pilihan hati dikenali sebagai Elyia Ibrahim pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dilaporkan disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 11 pagi.

Ryan, 27, menerusi hantaran di Instagram melahirkan kesyukuran Elyia akhirnya bergelar isterinya yang sah selepas lima tahun menjalinkan hubungan.

Personaliti itu turut menyifatkan Elyia sebagai seorang individu yang tetap berada di sisinya ketika waktu susah dan senang.

Ryan bergambar bersama ibu bapa dan adik lelaki. Foto Instagram @adambakery

"Setelah lima tahun berkawan. Tetap ada waktu jatuh dan bangkit aku. Tetap setia menanti. Alhamdulillah 1 Oktober 2022 Elyia Ibrahim telah sah menjadi isteriku.

"Terima kasih Ya Allah di atas kurnia ini. Kau berkatilah hidup kami hingga ke syurgaMu. Amin," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada sebab nak sombong, Ryan Bakery tersinggung dituduh mula besar kepala... “Saya orangnya masuk air”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Ryan Bakery, netizen angkat TikToker Ume Cikin pula... ada kata macam Khairul Aming versi perempuan

Sementara itu, adik lelaki Ryan iaitu Adam Bakery yang sering tampil dalam video sketsa bersamanya turut mengucapkan tahniah kepada abangnya itu.

Adam turut memuat naik beberapa foto majlis perkahwinan abangnya itu di Instagram.

Menerusi foto yang dikongsi Adam memperlihatkan Ryan dan Elyia sedondon mengenakan busana serba putih pada hari bahagia mereka.

Ryan bersama adiknya, Adam.

Pengikut setia personaliti itu turut mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

"Eh dah kahwin? Tahniah Ryan dan isteri. Semoga bahagia selalu bersama pasangan.

"Cantik isteri Ryan. Selamat pengantin baru," ucap netizen.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 22 Mei 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain