suria

Tiada sebab nak sombong, Ryan Bakery tersinggung dituduh mula besar kepala... “Saya orangnya masuk air”

Ryan mengakui dirinya bukan seorang yang sombong mahupun mudah lupa diri setelah popular dan semakin dikenali.

SEJAK kebelakangan ini, nama selebriti TikTok, Ryan Bakery mula mendapat perhatian peminat termasuk golongan selebriti yang terhibur dengan video dihasilkan di laman sosial tersebut.

Namun, populariti yang diraih itu menyebabkan dia dituduh sombong dan besar kepala apatah lagi kini sudah melebarkan sayap sebagai pelakon filem.

Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, berkata, dia berasa tersinggung dengan tuduhan berkenaan namun menyifatkan ia sebagai lumrah memandangkan sudah terlibat dalam bidang seni.

"Apabila ada yang mengatakan saya sombong, ada juga rasa tersinggung tetapi saya terbuka dan terima kerana setiap daripada kita mempunyai pandangan tersendiri.

Ryan 2

Ryan banyak bekerjasama dengan Shuib.

"Lagipun sebagai manusia biasa, mustahil untuk kita puaskan hati semua orang. Saya terima sahaja apa pandangan mereka," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ryan menjelaskan populariti mendadak yang diraih tidak mengubah personalitinya sebagai seorang yang gemar berjenaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang kerja akibat pandemik, rezeki Ryan Bakery jadi TikToker... Pikat pengikut hasil video parodi imbau zaman kanak-kanak

"Saya faham mereka hanya melihat apa disajikan di media sosial tetapi tidak mengenali saya secara peribadi. Melihat dan menilai itu mungkin hanya berdasarkan bahasa tubuh atau reaksi wajah.

"Sekiranya ada yang ingin tahu boleh sahaja datang menegur saya. Saya ini orangnya 'masuk air' dan 'gila-gila'.

Saya ini orangnya 'masuk air' dan 'gila-gila'.

RYAN BAKERY

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

"Tiada sebab saya hendak bersikap sombong kerana pengikut di media sosial yang banyak memberi sokongan kepada saya. Tanpa mereka saya bukanlah siapa-siapa," jelasnya.

Sementara itu, bercakap perkembangan kariernya sebagai pempengaruh media sosial, Ryan memberitahu dia bakal muncul dalam filem Hantu Kuat Ketawa arahan Mawi tidak lama lagi.

Ryan memberitahu buat masa ini dia hanya ingin fokus kepada tawaran filem kerana tempoh penggambaran yang tidak terlalu panjang dan membolehkan dia memfokuskan kepada content media sosial.

Ryan Bakery 2

Tangkap layar video Ryan yang sering menjadikan pengalaman ketika dibangku sekolah sebagai bahan hiburan di TikTok.

"Bukanlah memilih tetapi sebab tempoh penggambaran yang lebih singkat membuatkan saya mahu fokus kepada filem berbanding drama buat masa ini.

"Alhamdulillah pengalaman pertama berlakon dalam Hantu Kuat Ketawa dibawah arahan Mawi banyak memberi pendedahan kepada saya dalam bidang lakonan," katanya.

Untuk rekod, nama Ryan melonjak naik selepas dia memuat naik siri video nostalgia zaman kanak-kanak di TikTok yang mempunyai 2.9 juta pengikut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain