suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesti ramai tak pernah ambil tahu... Ini fungsi sebenar jalur tebal dekat tepi tuala mandi

Garisan jalur pada tuala berfungsi mengelakkan tuala daripada cepat rosak.

TUALA merupakan antara barangan keperluan harian yang paling kerap kita guna setiap kali selepas mandi atau mencuci muka.

Namun, pernahkah anda tertanya-tanya mengapa sesetengah tuala mempunyai jalur tebal bercorak di bahagian tepi atau hujungnya?

Ramai yang mungkin menganggap garisan itu sekadar hiasan semata-mata.

Tapi hakikatnya jalur dikenali sebagai dobby border itu mempunyai fungsi yang sangat penting dalam mengekalkan bentuk asal tuala tersebut.

Garisan khas itu ditenun menggunakan struktur dan corak benang yang berbeza berbanding bahagian tengah tuala.

Reka bentuk itu membantu menguatkan fabrik, mengurangkan kekusutan serta mengehadkan perubahan bentuk akibat proses cucian berulang kali.

Hal ini penting kerana tuala kerap dibasuh dan dikeringkan, malah penggunaan suhu tinggi dalam mesin pengering boleh menyebabkan fabrik mengecut secara tidak sekata.

Apabila bahagian tengah tuala mengecut lebih cepat berbanding tepi, bentuk keseluruhan fabrik boleh berubah dan kelihatan senget selepas beberapa kali dicuci.

Justeru, garisan jalur itu secara tidak langsung membantu tuala kekal kemas dan tahan digunakan untuk tempoh masa lama.

Pun begitu, garisan itu tidak menjamin sebarang penyerapan air dengan lebih pantas ekoran struktur benangnya yang lebih padat dan gelung benang yang lebih leper.

Kesimpulannya, fungsi utama dobby border lebih tertumpu kepada aspek struktur dan penampilan, bukannya meningkatkan daya serapan air. -Agensi

Artikel Lain