suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai tak tahu aplikasi kiblat dalam telefon boleh tersasar! Ini sebab kenapa bacaan jadi kurang tepat

Penggunaan aplikasi telefon pintar untuk semak arah kiblat rupanya ada risiko kurang tepat. -Gambar hiasan AI

BAGI pemilik kediaman baharu atau mereka yang berada di lokasi asing, telefon pintar selalunya menjadi 'jalan singkat' untuk memeriksa arah kiblat melalui aplikasi khas.

Walaupun ia dianggap cara paling mudah dan moden, awas kerana kaedah tersebut sebenarnya tidak selalu menjamin ketepatan arah kiblat yang sebenar.

Isu ini mula mendapat perhatian ramai di platform Threads selepas dikongsikan oleh seorang pengguna, Rusydi Rosli, yang aktif membuat ulasan mengenai kemudahan surau.

Berdasarkan tinjauannya di beberapa surau di merata tempat, dia mendapati arah kiblat yang ditunjukkan menerusi aplikasi telefon pintar sering kali tersasar dan tidak tepat.

"Sepanjang saya review surau, banyak kali saya bangkitkan tentang arah kiblat di dalam aplikasi adalah tidak 100 peratus tepat.

"Sebagai contoh, semasa kita solat di surau awam di pusat beli-belah, terdapat gangguan pada kompas akibat tarikan medan magnet, peralatan elektrik sekeliling dan besi," katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi kenyataan turut menyatakan arah kiblat sesuatu lokasi dapat ditentukan melalui beberapa kaedah antaranya menerusi kedudukan matahari, bulan, bintang dan buruj.

Faktor utama aplikasi arah kiblat kurang tepat

1. Sistem ralat

Sesetengah aplikasi boleh mengalami kerosakan pada sistem sekali gus memaparkan arah kiblat kurang tepat.

Ia susulan gangguan daripada medan magnet ataupun gelombang frekuensi yang terjejas dek sambungan internet tidak stabil.

2. Kelemahan teknikal

Faktor teknikal seperti kekuatan isyarat gelombang radio kuasa rendah (GPS) ataupun sensor dalam telefon pintar yang tidak beroperasi dengan baik juga mempengaruhi ketepatan bacaan arah kiblat.

Justeru, semakan kiblat melalui aplikasi hanya boleh dijadikan panduan manakala arah yang telah disahkan oleh pihak berautoriti perlu dijadikan rujukan utama.

Bagi lokasi yang mencapai prosedur piawaian, penanda arah kiblat dengan sijil rasmi daripada Jabatan Mufti Negeri dan Perakuan Arah Kiblat lebih diyakini.

Artikel Lain