suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“This is what you get!” - Pelajar sekolah swasta mengamuk serang guru dalam kelas guna kapak, siap rekod video POV

Suspek meluru masuk ke dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

SUASANA tenang di sebuah sekolah swasta di Kuching, Sarawak, dicemari satu insiden cemas apabila seorang pelajar lelaki bertindak agresif dengan mencederakan guru wanita.

Remaja berusia 16 tahun itu dilaporkan bertindak nekad membawa mercun serta senjata tajam jenis kapak ke kawasan sekolah sebelum menyerang mangsa.

"This is what you get," demikian kata-kata pelajar berkenaan sebagai gambaran bahawa 'inilah akibatnya' atau 'inilah yang awak dapat', dipercayai mungkin menjadi motif serangan.

Kata-kata itu jelas kedengaran menerusi video yang dipercayai dirakam sendiri dari sudut pandangan (POV) suspek. 

Sementara itu Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima maklumat mengenai kejadian itu menerusi talian MERS 999 pada pukul 8.03 pagi.

Menurutnya, maklumat awal mendapati pelajar terbabit membawa mercun sebelum dipercayai mencederakan guru wanita berkenaan menggunakan kapak.

"Mangsa dilaporkan mengalami luka pada tangan dalam kejadian itu.

"Polis sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan mendapatkan bukti berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Susulan kejadian tersebut, remaja berkenaan berjaya diberkas pihak berkuasa dan kini ditempatkan sementara di wad psikiatri Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut.

Saifullizan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya, selain Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957 berkaitan pemilikan bahan letupan.

Dalam pada itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, langkah itu penting bagi menghormati proses siasatan dan menjaga kepentingan semua pihak yang terbabit.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, remaja berkenaan dilihat meluru masuk ke dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung sambil membawa senjata tajam sebelum menyerang guru wanita terbabit.

Artikel Lain