suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Warga Rohingya didakwa tampar bayi, ikat kaki tangan sebelum hempas ke lantai

Tertuduh tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan. -Foto Bernama

SEORANG wanita Rohingya berusia 35 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Rabu atas dakwaan mencederakan bayi lelaki berusia setahun, September lalu.

Namun tertuduh, Shofikah Abdul Shukur, tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan dan diterangkan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Shofikah memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia tidak memahami bahasa Melayu dan Inggeris.

Susulan itu, mahkamah menetapkan 11 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan jurubahasa yang fasih berbahasa Myanmar hadir.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa sengaja mencederakan bayi lelaki Myanmar berusia setahun dengan menampar muka mangsa beberapa kali, mengikat kaki dan tangan serta menghempasnya ke lantai.

Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Pulau Melaka, dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira pukul 11.48 pagi pada 30 September 2026.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam prosiding itu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang diwakili peguam Nigel Tai.

Pada 9 Oktober, polis menahan empat pelarian Myanmar termasuk ibu kepada bayi lelaki Rohingya berusia setahun yang meninggal dunia akibat kecederaan pada kepala dipercayai berpunca daripada trauma tumpul.

Mereka yang ditahan terdiri daripada ibu mangsa berusia 25 tahun, seorang wanita, suaminya serta anak pasangan itu yang masing-masing berusia 50 dan 20 tahun bagi membantu siasatan.

Artikel Lain