PELAKON Tracie Sinidol meluahkan rasa kecewa selepas hilang sabar apabila namanya terus-menerus menjadi mangsa andaian pelbagai khabar angin yang tiada kaitan dengan dirinya.Tracie, 25, menegaskan tindakannya berdiam diri sebelum ini bukan kerana dia bersalah. Justeru itu, Tracie meminta orang ramai berhenti menghukum secara melulu dan tidak mereka-reka cerita tidak benar mengenai kehidupannya.Kenyataan Tracie di Threads. Jelas Tracie, sebelum ini dia cuba mengelak daripada terpalit dengan sebarang kontroversi demi menjaga ketenangan jiwa bagaimanapun sikap berdiam diri itu seolah-olah disalah erti segelintir pihak pula.“Apabila perkara yang sama terus berulang dan nama saya sering dikaitkan dengan isu yang langsung tiada kena-mengena dengan saya, ada masanya kesabaran juga mempunyai batas.“Saya sudah berusaha keras untuk menjaga ketenangan diri dan menjauhkan diri daripada drama yang tidak perlu.“Jadi, sejujurnya saya berasa kecewa apabila terus dihukum dan dinilai atas perkara yang langsung tiada kaitan dengan saya,” katanya melalui satu hantaran di Threads. ARTIKEL BERKAITAN: Tracie Sinidol tak perlu hadiah sambut hari lahir, cukup hantar kek untuk ibu... “Sekelip mata tiba-tiba dah 25 tahun”ARTIKEL BERKAITAN: Nampak ‘flash’ putih sebelum gelap, Tracie Sinidol hampir hilang penglihatanTracie harap orang ramai tidak percaya dengan dakwaan yang melibatkan dirinya. Meskipun tidak memperincikan kontroversi yang dimaksudkan itu, Tracie menegaskan kenyataan tersebut merupakan penjelasan pertama dan terakhir daripadanya berhubung isu tersebut.“Ini adalah kali pertama dan terakhir saya memberikan penjelasan mengenai perkara ini. Saya tahu siapa diri saya yang sebenar dan saya tenang dengan hakikat itu.“Apa yang saya minta hanyalah supaya orang ramai berhenti mengaitkan nama saya dengan perkara yang langsung tidak melibatkan saya serta lebih berhati-hati dengan apa yang diperkatakan mengenai orang lain.“Anda tidak perlu mengetahui keseluruhan kisah hidup seseorang, tetapi sekurang-kurangnya milikilah rasa hormat dan pertimbangan untuk tidak mereka-reka cerita tentang kehidupan mereka,” ujarnya.Dalam pada itu, aktres tersebut turut menitipkan pesanan buat warga maya agar tidak mudah mempercayai khabar angin yang belum tentu kesahihannya.Tegas Tracie, andaian jahat dan kata-kata yang dilemparkan tanpa usul periksa boleh mendatangkan impak emosi yang berat kepada seseorang individu.“Sekadar peringatan, bukan semua yang anda dengar itu benar dan bukan setiap cerita yang sampai kepada anda menggambarkan keseluruhan perkara sebenar. "Sebelum membuat sebarang andaian atau menghukum seseorang, ingatlah bahawa kata-kata anda boleh memberi kesan yang lebih mendalam terhadap seseorang daripada apa yang anda sangkakan," ujarnya.