suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tracie Sinidol tak perlu hadiah sambut hari lahir, cukup hantar kek untuk ibu... “Sekelip mata tiba-tiba dah 25 tahun”

Tracie menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25 pada 24 September lalu.

SETIAP kali menyambut hari lahir, pelakon Tracie Sinidol tidak pernah lupa menghargai insan yang dianggap paling berjasa dalam hidupnya iaitu ibu, Veronica Tajin.

Tracie, 24, yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 24 September lalu mempunyai cara tersendiri dalam meraikan hari istimewa berkenaan.

Kata Tracie, dia akan membeli kek untuk ibunya yang berada di kampung sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan wanita itu melahirkannya.

Setiap tahun Tracie (dua dari kiri) meraikan ibunya, Veronica dengan memesan sebiji kek.

Setiap tahun Tracie (dua dari kiri) meraikan ibunya, Veronica dengan memesan sebiji kek.

"Setiap kali hari lahir, saya akan belikan ibu kek kerana bila ingat balik hari lahir itu bukan untuk saya sendiri, tetapi lebih kepada menghargai pengorbanan ibu. 

"Pada waktu itu, ibu yang berjuang melahirkan saya. Saya tak kisah tak dapat hadiah hari lahir. 

"Tapi saya mahu meraikan ibu setiap tahun. Saya akan order online dan hantar kek kepada ibu," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat juga seperti kawan rapat, Tracie Sinidol ada cara sendiri jaga hubungan baik

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wajah disamakan dengan Lisa Blackpink, Tracie Sinidol terkejut... “Saya biasa saja, jauh betul kalau nak dibandingkan”

Dalam pada itu, Tracie memberitahu hadiah paling bermakna bukanlah pemberian dalam bentuk material sebaliknya ucapan dan masa yang diluangkan bersama insan tersayang.

Menurutnya, semakin meningkat dewasa dia semakin menghargai kehadiran orang terdekat setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran.

"Hadiah paling best adalah ucapan hari lahir dan masa yang diluangkan orang tersayang buat saya di hari ulang tahun. 

Bila ingat balik hari lahir itu bukan untuk saya sendiri, tetapi lebih kepada menghargai pengorbanan ibu. 

TRACIE SINIDOL 

PELAKON

"Bila tiba hari lahir yang kita paling tertunggu-tunggu adalah siapa yang ada dengan kita. 

"Sewaktu kanak-kanak kita selalu mengharapkan hadiah, tapi bila dewasa orang-orang tersayang memberi ucapan buat saya rasa lebih bahagia," ujarnya.

Sementara itu, Tracie mengakui tidak menyangka masa berlalu begitu pantas apabila kini sudah mencecah usia 25 tahun.

Tracie tidak lagi mengharapkan hadiah, sebaliknya menghargai setiap individu yang ada bersamanya.

Tracie tidak lagi mengharapkan hadiah, sebaliknya menghargai setiap individu yang ada bersamanya.

Ujarnya, sejak mula melangkah ke dalam industri hiburan, banyak perkara yang dilaluinya sehingga membuatkan dia semakin matang dalam melihat kehidupan.

"Rasa cepat sangat masa berlalu, saya masuk industri sewaktu umur 21 tahun, sekarang sekelip mata saja tiba-tiba dah 25 tahun. 

"Setiap tahun saya mahu benda yang berlainan, tahun ini saya nak fokus pada diri sendiri untuk jadi individu lebih baik," katanya.

 

Artikel Lain