suria

Peminat juga seperti kawan rapat, Tracie Sinidol ada cara sendiri jaga hubungan baik

Tracie mempunyai pendekatan sendiri untuk merapatkan hubungan dengan peminat.

PELAKON Tracie Sinidol mengambil pendekatan unik mendekati peminat dengan menggunakan platform Telegram sebagai medium interaksi secara langsung. 

Tracie, 24, berkata, cara itu digunakan untuk berkongsi tentang kerjaya seninya selain mengingkatkan peminat agar menonton drama-drama lakonannya yang sedang ditayangkan di televisyen. 

Kata Tracie, secara tidak langsung ia dapat merapatkan hubungan dengan peminat dan menganggap mereka seperti rakan-rakan. 

Tracie menganggap peminat seperti rakan sendiri.

"Ya, sebenarnya kumpulan itu sudah lama wujud, cuma sebelum ini hanya ada beberapa ratus orang sahaja. Sekarang jumlahnya sudah mencecah hampir 2,000 ahli. 

"Saya gunakan platform itu untuk berkongsi perkembangan seperti jadual penggambaran, mengingatkan mereka menonton episod tertentu dan berinteraksi dengan peminat. 

"Kadang-kadang kami juga berbincang tentang drama, berkongsi video suntingan peminat dan sebagainya. Jadi hubungan dengan peminat terasa lebih dekat, seperti kawan sendiri," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wajah disamakan dengan Lisa Blackpink, Tracie Sinidol terkejut... “Saya biasa saja, jauh betul kalau nak dibandingkan”

ARTIKEL BERKAITAN: Gugur air mata Tracie Sinidol cerita kepayahan jadi anak perantau, berita kehilangan nenek paling menyakitkan

Mengulas mengenai kawalan peminat fanatik, Tracie menjelaskan bahawa kumpulan Telegram itu dipantau oleh pentadbir bagi memastikan suasana kekal harmoni dan selesa untuk semua ahli.

Justeru tidak pernah timbul perbalahan atau salah faham dalam kalangan peminat. 

"Dalam kumpulan Telegram ada admin yang mengawal. Contohnya, selepas pukul 12 malam chat akan ditutup dan dibuka semula pada pukul 8 pagi supaya semua orang boleh berehat. 

"Jadi keadaan terkawal dan selesa untuk semua pihak," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain