suria

Gugur air mata Tracie Sinidol cerita kepayahan jadi anak perantau, berita kehilangan nenek paling menyakitkan

Tracie akui bukan senang jadi seorang anak perantau.

MENJADI seorang anak perantau bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi terpaksa berjauhan dengan orang tersayang.

Itu hakikat perlu diterima pelakon berasal dari Sabah iaitu Tracie Sinidol yang memilih menetap di Semenanjung Malaysia bagi mencari rezeki dalam bidang seni.

Berkongsi pengalaman sukar menjadi anak perantau, Tracie, 24, berkata, memori paling pahit adalah ketika mendapat perkhabaran nenem tersayang meninggal dunia.

NP - 2025-01-21T201614.537

Tracie cuba untuk kuat kerana tidak mahu risaukan keluarga di Sabah.

Imbaunya, perkara tersebut berlaku ketika dia sedang menjalani penggambaran sebuah drama tahun lalu dan berasa ralat kerana tidak berada di sisi keluarga.

"Susah bila merantau jauh dari keluarga, banyak cabaran dan dugaan tidak dapat dijangka.

"Momen paling sukar dan sedih saya adalah waktu dapat berita nenek saya meninggal dunia dan ketika itu saya sedang jalani penggamaran drama.

"Bayangkan saya dalam hutan waktu itu, hati saya membuak nak balik tapi tiada tiket penerbangan ke Sabah dan ia sangat menyakitkan saya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dialek Sabah pekat sangat, Tracie Sinidol banyakkan bergaul dengan orang Semenanjung

ARTIKEL BERKAITAN: “Stop la!” - Tracie mahu dikenali atas bakat sendiri, enggan dibayangi nama Mira Filzah

Tracie berkongsi perkara itu Ketika majlis tayangan perdana drama Gadis Masa di Aloft, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Tracie memberitahu dia tetap cuba untuk terus kuat demi mencari rezeki di Semenanjung Malaysia.

Tambah Tracie lagi, dia tidak mahu keluarganya yang berada jauh di Sabah bimbangkan keadaannya.

"Saya masih cuba yang terbaik untuk nampak kuat tapi saya ambil keputusan untuk pendam sahaja.

NP - 2025-01-21T201631.597

Tracie antara pelakon dalam drama bersiri Gadis Masa.

"Cuba untuk kuat demi keluarga agar mereka tak risau dengan keadaan saya di sini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tracie merupakan antara pelakon yang terlibat dalam menjayakan drama bersiri Gadis Masa terbitan Viu Originals.

Selain Tracie, pelakon lain yang turut terlibat dalam karya tersebut ialah Syafiq Kyle, Mira Filzah, Bella Dowanna, Fadlan Hazim, Nadia Aqilah dan ramai lagi.

Drama Gadis Masa akan mula ditayangkan pada 23 Januari ini menerusi platform penstriman Viu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain