suria

“Stop la!” - Tracie mahu dikenali atas bakat sendiri, enggan dibayangi nama Mira Filzah

Tarcie mahu berdiri atas bakat sendiri, tidak mahu dipanggil kembar Mira Filzah.

JUARA Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol tidak mahu lagi dirinya dikaitkan dengan pelakon terkenal Mira Filzah selepas memenangi pertandingan realiti itu pada Sabtu lalu.

Kata Tracie, 21, dia enggan lagi dibayangi nama aktres itu kerana dikatakan memiliki wajah seiras, sebaliknya mahu berdiri atas bakat sendiri.

"Saya sudah mencipta satu lagi title yang baharu, jadi stop la... cakap saya ini Mira Filzah. Saya sudah berjaya menutup perkara itu dengan gelaran ini dan sekarang saya mahu berdiri dengan nama sendiri.

304874370_786307449157623_2981977462345162300_n

Tracie tidak mahu dibayangi Mira Filzah.

"Tidak dinafikan dari gelaran tersebut memberi bonus untuk saya menerima tawaran berlakon dan peluang pekerjaan tapi saya tidak mahu nama saya ini tenggelam. Jadi saya perlu ada identiti saya sendiri supaya orang kenal.

"Bila sebut Tracie, dia pandai berlakon dia pandai hosting. Saya tidak mahu, Tracie siapa? Kembar Mira Filzah. Mereka tidak tahu bakat saya," katanya kepada mStar.

Tracie berkata demikian ketika ditemui pada malam Finale Dewi Remaja 2022 yang diadakan di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kredibiliti dipertikai ekoran tersilap umum nama pemenang Dewi Remaja, Fikry Ibrahim hanya ikut informasi produksi

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Sabah, Tracie Sinidol muncul juara Dewi Remaja 2022

Dalam pada itu, Tracie berkata dia sudah bersedia berdepan dengan pelbagai ujian termasuklah kontroversi sebagai seorang anak seni.

"Mummy saya ajar dua benda, kita kena terima kecaman dan pujian. Dua benda ini yang sematkan dalam diri saya. Kita perlu ambil kecaman sebab dari situlah kita dapat perbaiki kelemahan dalam diri kita.

"Manakala pujian itu pula membuatkan kita lebih bersemangat untuk berjuang demi impian," katanya lagi.

"Saya tidak mahu nama saya ini tenggelam. Saya perlu ada identiti saya."

TRACIE

JUARA DEWI REMAJA 2022

Ditanya bidang yang bakal diceburi selepas ini, Tracie memaklumkan bahawa dia bakal mengembangkan bakat dalam dunia lakonan dan pengacaraan.

Kata Tracie, dia berminat untuk membintangi filem aksi dan mahu bergandingan bersama dua aktor hebat iaitu Datuk Adi Putra dan Meerqeen.

"Saya tidak memilih sangat dengan pelakon lelaki, cuma yang penting kami miliki chemistry yang baik... ia bukan sahaja membantu dalam lakonan tapi menaikkan mood berkerja dengan bagus.

284800410_385555460295028_1492380476121795592_n

Tracie mahu dikenali melalui bakat.

"Adi Putra pun boleh, tapi kalau digandingkan dengan Merqeen apa salahnya,” selorohnya.

Pada malam final itu, Traice dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2022 menewaskan empat lagi finalis peringkat akhir iaitu Siti Nur Aishah Bee Md Noor, Kimberly Chuah dan Norr Alysaa Ahamd Azmi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain