suria

Kredibiliti dipertikai ekoran tersilap umum nama pemenang Dewi Remaja, Fikry Ibrahim hanya ikut informasi produksi

Fikry Ibrahim dikecam kelirukan penonton Dewi Remaja 2022.

KESILAPAN mengumumkan nama pemenang tempat ketiga pada pertandingan Finale Dewi Remaja 2022 pada malam Sabtu menundang kecaman netizen terhadap pelakon Fikry Ibrahim.

Ketika kejadian, Fikry tersasul menyebut nama Kimberly sebagai 'Kim' sehingga membuatkan penonton dan peserta bertanding keliru.

Malah salah seorang peserta, Siti Nor Aishah Bee Md Noor tampil ke hadapan pentas kerana menyangka dia adalah pemenang tempat ketiga.

Menjelaskan kekeliruan itu, Fikry berkata, dia hanya menyebut nama yang tertera pada plakad yang diberikan kepadanya namun mengakui sepatutnya menyebut nama penuh pemenang.

241838627_6449561955083800_7933702381762416306_n

Fikri Ibrahim dikecam netizen

"Pemenang tempat ketiga adalah Kimberly, tetapi saya sebut Kim sebab dekat plakad tertera nama itu," katanya kepada mStar.

Fikry berkata demikian selepas ditemui pada Finale Dewi Remaja 2022 yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah seiras tanda jodoh, peminat mula usik Fikry Ibrahim dan Rita Nadira

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai Dobi Fikry Ibrahim 'Bungkus'?

Pertandingan itu memperlihatkan peserta dari Sabah iaitu Tracie Sinidol muncul sebagai juara pencarian Dewi Remaja 2022.

Manakala Siti Nor Aishah naib juara dan Kimberly Chuah ditempat ketiga.

Saya akui silap saya, kalau kesilapan saya itu menyebabkan ada yang terguris hati. Saya minta maaf.

FIKRY IBRAHIM

PELAKON

Dalam pada itu, meskipun dikecam atas kesalahan itu, Fikry bagaimanapun menerima kritikan dengan positif selain ia pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan.

"Saya akui silap saya, kalau kesilapan saya itu menyebabkan ada yang tergores hati. Saya minta maaf.

1

Komen netizen mengecam Fikry Ibrahim.

"Saya terima komen diberikan dengan hati terbuka. Saya percaya ada ruang lagi untuk memperbaiki diri pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai tidak memberikan ruang buat Tracie membuat ucapan kemenangan, Fikry memaklumkan dia hanya mengikut arahan diberikan.

Jelasnya, kekurangan masa menjadi faktor ucapan pemenang terpaksa dimansuhkan bagi melancarkan perjalanan majlis yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain