suria

Profesional betul Haqiem Stopa! Sikit pun tak melenting ditegur Zul Huzaimy… “Cuma perkataan sekolahkan agak kasar”

Haqiem turut berkongsi antara nasihat-nasihat yang diterima daripada Zul Huzaimy

TINDAKAN pelakon Zul Huzaimy menasihati Haqiem Stopa secara berdepan di hadapan ribuan pengunjung dalam satu acara baru-baru ini menarik perhatian netizen di media sosial.

Menerima teguran ikhlas Zul itu, Haqiem bagaimanapun berkata dia kurang senang apabila netizen mengatakan dirinya 'disekolahkan' oleh aktor yang sinonim dengan dunia permotoran itu.

Kata Haqiem, 22, ini kerana sedutan rakaman yang viral di media sosial tersebut bukanlah situasi sebenar yang berlaku ketika itu.

"Saya ingin menjelaskan perkara sebenar kerana video viral yang netizen lihat itu hanya separuh sahaja dan bukan seperti apa yang berlaku.

hakim

Haqiem kini lebih berhati-hati sebelum melakukan apa-apa tindakan

"Disebabkan kesuntukan masa, Zul Huzaimy terpaksa memotong percakapannya dan hanya itu yang diviralkan... kononnya Zul mengatakan saya seakan-akan merosakkan nama golongan mat motor.

"Tetapi tidak pula diviralkan nasihat Zul yang penuh dengan kata-kata positif lain. Sejujurnya saya kini lebih banyak belajar daripada kesilapan lalu dan memilih untuk jadi orang yang professional.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikon Permotoran kena saman tak ada lesen memandu? Nama Haqiem Stopa sekali lagi jadi bahan jenaka netizen

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya hanya penjual baju pasar malam” - Haqiem Stopa rimas bawa gelaran ‘ikon permotoran’, penat kena sindir setiap hari

"Sebab itulah saya tidak melenting apabila Zul berkata demikian. Cuma, saya rasa tidak sesuai jika ada pihak yang mengatakan Zul Huzaimy ‘sekolahkan’ saya kerana bahasa itu agak kasar," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Haqiem berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diberikan dan terbuka menerima nasihat serta teguran daripada pelakon senior berkenaan.

Saya paling ingat nasihat abang Zul untuk memilih jalan sendiri kerana dalam hidup ini ada macam-macam jenis manusia, jadi kita perlu bijak memilih

HAQIEM STOPA

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Saya langsung tidak berkecil hati... malah selepas kejadian itu kami berbincang dan penganjur memanggil semula Zul bagi menerangkan apa yang ingin disampaikan.

"Saya paling ingat nasihat abang Zul untuk memilih jalan sendiri kerana dalam hidup ini ada macam-macam jenis manusia, jadi kita perlu bijak memilih lebih-lebih lagi apabila sudah menjadi seseorang yang dikenali dan berpengaruh.

"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum melakukan apa-apa tindakan. Saya akui kesilapan lalu banyak mengajar untuk beri perubahan dalam diri saya," tambahnya lagi.

hakim1

Haqiem Stopa rimas bawa gelaran ‘Ikon Permotoran’

Dalam rakaman video yang tular di aplikasi TikTok itu, Zul Huzaimy dilihat memberi nasihat kepada Haqiem ketika mereka bertemu di acara Santai Anak Utara di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Kata Zul, bertahun-tahun dia berusaha untuk membersihkan nama budak-budak motor namun kehadiran Haqiem Stopa seolah-olah telah mencemarkan nama mereka semula.

"Aku (Zul) ni penat tau bertahun-tahun membersihkan nama budak-budak motor yang tercemar, tapi kenapa kau (Haqiem) tiba-tiba mencelanya, kau menjijikkannya, kau menghinanya, kenapa?" luahnya di hadapan Haqiem.

Sebelum ini, Haqiem Stopa pernah mencetuskan kontroversi kerana tidak mempunyai lesen memandu meskipun dia digelar sebagai 'Ikon Permotoran'.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain