suria

[V] Niezam Zaidi sedang diulit bahagia, tak main-main berkawan dengan Fify Azmi

ENGGAN lagi berdolak-dalik, pelakon Niezam Zaidi sedang bahagia menyemai cinta bersama aktres Fify Azmi.

Niezam atau Mohd Niezam Mohd Zaidi, 33, menjelaskan dia serius dan ikhlas berkawan dengan Fify malah sudah mempunyai perancangan serius tentang hubungan mereka.

"Saya serius dengan hubungan ini dan tiada masa untuk bermain-main.

2906885

Fify sebelum ini ada berkongsi kemesraan bersama Niezam.

“Sudah tua-tua macam ini sudah tentu ada perancangan (ke arah serius)," katanya kepada mStar.

Niezam berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi promosi drama Dua Antara yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama pada Selasa.

Trauma dengan pengalaman lalu, Niezam mengakui dia juga lebih selesa menyimpan tentang soal peribadi daripada mencanang tentangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi beri bayangan sedang diulit bahagia, pertahan Niezam Zaidi bukan ‘bad boy’ - “My good man, insya-Allah”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Niezam Zaidi ikut tabligh dalami agama, perbaiki diri selepas terlibat kes dadah

Apatah lagi, dia kerap menerima kecaman gara-gara hubungan sebelum ini tidak berakhir ke jenjang pelamin.

"Sekarang saya lebih selesa diamkan dulu, pengalaman dulu memang buat saya trauma nak kongsi lebih.

"Sebelum-sebelum ini saya terbiasa berkongsi menyebabkan ada tanggapan berlebihan dari netizen sehingga memberi tekanan kepada diri saya sendiri.

"Orang tidak tahu apa saya lalui, mereka hanya mendengar sahaja dan salah sangka. Saya tak nak perkara itu terjadi lagi.

Saya nak mereka tahu perkara itu dari mulut saya sendiri nanti.

NIEZAM ZAIDI

PELAKON

"Jadi saya mengambil keputusan kali ini biarlah Allah, keluarga, saya dan dia sahaja yang mengetahui," luahnya.

Dalam pada itu, Niezam berkata sebarang berita baik dia akan kongsi sendiri kelak.

"Sebab saya belajar juga dengan hubungan saya sebelum ini, proses itu diamkan dan kalau menjadi barulah hebohkan untuk kebaikan.

"Saya nak mereka tahu perkara itu dari mulut saya sendiri nanti," luahnya.

Untitled design (30)

Niezam harap peminat tunggu khabar darinya.

Pada September 2024, Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi berkongsi kemesraan bersama Niezam di TikTok miliknya sekali gus memberi bayangan mereka sedang menjalinkan hubungan mesra.

Sebelum ini, Fify pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Nafiez Zaidi namun hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.

Manakala Niezam juga mengalami nasib sama selepas pernah bercinta dengan aktres Nonny Nadirah pada terlerai pada 2020 meskipun sudah merancang untuk berkahwin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain