suria

[V] Niezam Zaidi ikut tabligh dalami agama, perbaiki diri selepas terlibat kes dadah

PELAKON Niezam Zaidi memberitahu sedang mendalami ilmu agama selepas terpalit dengan kes penyalahgunaan dadah pada Oktober tahun lalu.

Niezam atau Muhammad Niezam Mohd Zaidi, 30, berkata, dia juga bergiat aktif menyertai kumpulan tabligh sekiranya mempunyai masa lapang bagi mendekatkan diri dengan Allah.

"Sebelum ini ada kumpulan tabligh daripada Bangladesh yang datang ke kampung saya untuk menyertai mereka.

"Cara mereka membuatkan hati saya tersentuh dan mengambil keputusan menyertai mereka apabila mempunyai waktu terluang.

Niezam Zaidi tak mahu lakukan perubahan mendadak.

"Bagaimanapun saya tidak mahu terlalu ekstrim sehingga membuatkan orang salah faham. Maklum sahaja saya berada dalam industri hiburan tetapi pada masa sama saya mahu berubah ke arah kebaikan," katanya kepada mStar.

Niezam berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Remp-It 2 baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi terganggu teruk, Niezam Zaidi cari ketenangan dekatkan diri dengan agama dan keluarga... Akui tak kuat ‘handle’ komen netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi gambar dengan Farisha Iris, Niezam Zaidi harap netizen berhenti cerita bukan-bukan

Dalam pada itu, Niezam berkata, keadaan kesihatan ibunya yang kurang baik turut membuatkan dia sedar dan ingin membuat perubahan dalam hidup.

Malah situasi yang melanda dunia ketika ini turut menjadi asbab untuknya memperbaiki diri sebagai persediaan.

Saya tak boleh lagi mengikut kehendak diri sebaliknya perlu lakukan apa-apa kerana Allah.

NIEZAM ZAIDI

PELAKON

"Saya tak baik, jadi saya buat perkara baik. Situasi yang berlaku pada dunia ketika ini juga membuatkan saya terfikir kita tidak lama di dunia ini.

"Apabila ada satu turning point berlaku dalam hidup, saya tak boleh lagi mengikut kehendak diri sebaliknya perlu lakukan apa-apa kerana Allah," katanya.

Niezam Zaidi tak letak syarat dalam lakonan.

Sementara itu, Niezam berkata, itu bukan bererti dia mahu meninggalkan dunia lakonan sebaliknya akan terus berlakon selagi bakatnya diperlukan.

Perubahan yang sedang dilakukan juga bukan bererti dia lebih bersikap selektif terhadap watak diberikan kepadanya.

Untuk rekod, Niezam pernah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah pada Oktober 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain