suria

Kongsi gambar dengan Farisha Iris, Niezam Zaidi harap netizen berhenti cerita bukan-bukan

Niezam tidak mahu timbul sebarang spekulasi hubungan dia dengan Farisha.

GARA-GARA berkongsi gambar bersama Farisha Iris di media sosial, pelakon Niezam Zaidi mengakui tidak selesa apabila menerima pelbagai spekulasi tentang hubungan mereka.

Enggan terus menjadi mangsa gosip, Niezam atau nama sebenarnya Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 30, menegaskan hubungan dia dan penyanyi tersebut tidak lebih dari sekadar berkawan.

Dia juga berharap netizen berhenti bercakap perkara tidak benar yang boleh menimbulkan fitnah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesa berkawan, Farisha Iris tak sangka Niezam Zaidi kongsi foto berdua... Puji penyabar, ‘soft spoken’ orangnya!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman duduk lokap buka mata Niezam Zaidi, makin dekat dengan Allah... Tak dendam individu lapor polis kes dadah

“Saya harap orang di luar sana tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan fitnah. Hubungan saya dengan Farisha hanyalah sebagai rakan kerja.

“Bila saya membaca komen-komen selepas cerita tersebut keluar, banyak yang bercakap tentang perkara tidak benar.

"Jadi saya harap selepas ini tidak lagi timbul cerita yang bukan-bukan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu apabila ditanya tentang status dirinya, Niezam memberitahu dia masih lagi solo dan terbuka untuk berkenalan dengan mana-mana wanita.

Apabila orang bertanya tentang perkara ini, pening kepala juga hendak jawab kerana saya tidak mahu mana-mana pihak mudah salah sangka

NIEZAM ZAIDI

PELAKON

“Mengenali wanita itu memang ada tetapi untuk ke arah bercinta belum ada lagi.

“Saya mahu beri fokus kepada agama, keluarga dan kerjaya buat masa sekarang. Namun jika bertemu jodoh dengan mana-mana wanita saya tidak menolak,” jelasnya.

Cerita tentang Niezam dan Farisha mula diperkatakan apabila dia sendiri berkongsi gambar mereka berdua di laman sosial miliknya.

Dalam temubual bersama mStar sebelum ini, Farisha memberitahu mereka mula kenal sejak Mac lalu selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Pukul Mersing.

niezam zaidi 2

Niezam terbuka mengenali hati mana-mana wanita.

Farisha juga mengakui selesa berkawan dengan Niezam serta menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang baik, soft-spoken dan jujur.

Selain itu, Niezam berkata, terlalu banyak andaian akan mendatangkan persepsi buruk orang ramai terhadap dirinya.

Bagaimanapun dia tidak mahu terlalu menyimpan perasaan marah dan memaafkan mana-mana pihak yang cepat membuat cerita tanpa usul periksa.

“Apabila orang bertanya tentang perkara ini, pening kepala juga hendak jawab kerana saya tidak mahu mana-mana pihak mudah salah sangka.

“Saya maafkan sesiapa saya yang telah membuat cerita yang tidak betul tentang kami,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain