suria

FFM32 pentas filem hebat bersaing… ‘Spilt Gravy’ terima 14 pencalonan diikuti ‘Air Force: Selagi Bernyawa’

Spilt Gravy dan Air Force terima pencalonan tinggi di FFM32.

FESTIVAL Filem Malaysia ke-32 (FFM32) mengumumkan lima percalonan terbaik bagi 22 kategori yang bakal bersaing di malam kemuncak pada 2 Disember depan.

Filem Split Gravy arahan Datuk Zahim Al-Bakri mendominasi senarai Top 5 apabila menerima 14 pencalonan dalam kategori dipertandingkan.

Antara pencalonan filem tersebut adalah Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik serta Pengarah Harapan.

Manakala filem Air Force: Selagi Bernyawa arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See pula tercalon dalam 13 kategori.

1720954

Air Force: Selagi Bernyawa tercalon 13 kategori.

Selain Air Force, filem lain yang menerima pencalonan tertinggi adalah Abang Long Fadil 3, Juang, Mat Kilau, dan J2: J Retribusi.

Filem Abang Long Fadil 3 dan Juang tercalon dalam 10 kategori percalonan, Mat Kilau lima pencalonan dan J2: J Retribusi pula tujuh pencalonan.

Pencalonan bagi setiap kategori diumumkan semasa sidang media kedua FFM32 yang diadakan di Hotel Swiss Garden Bukit Bintang Kuala Lumpur pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Roh’ Filem Terbaik FFM31, ‘Sangkar’ julang nama Remy Ishak dan Zul Ariffin

ARTIKEL BERKAITAN: Trofi Kepingan Emas Ganti Wang Tunai Dalam FFM-27

Mengulas mengenai pencalonan bagi setiap kategori, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS iaitu Prof Dr. Md Nasir Ibrahim menyifatkan penyertaan filem tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu.

"Tidak ada kajian khusus untuk kita membandingkan kualiti filem tahun lalu dan tahun ini.

"Namun, secara umumnya, filem yang terpilih tahun ini kelihatan lebih baik berbanding tahun lepas berdasarkan kepada jumlah tontonan, kutipan, dan respons positif daripada penonton," katanya.

ffm32 1

Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim mengakui filem tercalon tahun ini kelihatan lebih baik.

FFM32 bertemakan 'Filem Kita, Citra Kita' merupakan satu penjenamaan bagi penerbitan filem beridentitikan nilai tempatan dalam mencipta impak di peringkat domestik dan antarabangsa.

Tahun ini menyaksikan 55 penyertaan termasuklah filem cereka, cereka digital, filem pendek dan filem antarabangsa.

Malam anugerah berprestij itu bakal diadakan di Encore, Melaka pada 2 Disember depan dan bersiaran secara langsung di TV2 pada pukul 9 malam.

INI SENARAI TOP 5 BAGI 22 KATEGORI DIPERTANDINGKAN

Poster Terbaik

Da Huang Pictures Sdn Bhd/ Barbarian Invasion

Xin World Sdn Bhd/ The Rise of Lion (Warisan Singa)

Keeklr Films Sdn Bhd/ Anak Rimau The Movie

Le Mediator Studio, Jarl Faizal/ Perebet Sapu

Tree Egg PLT/ Small Town Heroes

Kesan Khas Visual Terbaik

Jayasilen Sivapragasam/ Viman

Viper Studio Sdn Bhd/ Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Ma Chiau Ran, Tan Ye Xuan, Pau Tun Kai/ Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Basecamp Films/ The Assistant

Basecamp VFX/ J2: J Retribusi

Filem Pendek

Media Prima Omnia/ 3 sekawan

Measat Broadcast Network System Sdn bhd/ Kampung Malar: Cahaya Gaya

Funcel Sdn bhd/ The Pillar Strength

Hug Pictures Sdn Bhd/ The Present Man

Feisk Sdn Bhd/ Can You Love Me Most?

Tatarias Terbaik

Ella Sandera/Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Marlia Ieryani Ghazlai (Marlya)/ Abang Long Fadil 3

Hew Yoon Yin (Kit Hew)/ J2:J Retribusi

Malya Artwork/ Rasuk

Rekaan Busana

Mark Ong, Rhine Ooi/Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Shum Siut Fen (Wing Shum)/ Juang

Hilal Mohd Yusop (Chinta)/ Abang Long Fadil 3

Rosada Abdul Hamid/ Split Gravy

Penataan Seni Terbaik

Mukhsalmina Ismail (Musa)/ Abang Long Fadil 3

Too Wen Huel/ Juang

Edward Chee Boon/ Prebet Sapu

Too Wen Huel/ Small Town Heroes

Penataan Bunyi Terbaik

Supernova Media Sdn Bhd/ Abang Long Fadil 3

The Vila/ The Assistant

Adzrey Abd Kamal/ J2:J Retribusi

Supernova media sdn bhd/ Juang

Charlene Ong Chye Leng/ Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Skor Muzik Asal Terbaik

Lee Chee Cheng, Chew Kok Yee, Hor Fook Ken,Hon Hsio Way/ Tan Xin Tian, Luqman Mohd Oslan/ Juang

Santosh Logondran/ Mat Kilau Kebangkitan Pahlwan

Daniel Veerapan/ Split Gravy

Tan Ye Hue, Tan Shin Hwa, David Ngan Teck Wai/ Small Town Heroes

Tee Wei Chien/ Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Lagu Tema Terbaik

Sean Ghazi, Ramli/ Dibuai Mimpi/ Split Gravy

Ming, Wolfy/ Ralit/ J2:J Retribusi

Amylea Azizan/ Pentas Dunia/ Anak Rimau The Movie

Lim Yee Chung/ Wira Hatiku/ Juang

Pown Hasril, Amri Masdi, Karim Karam, Otromen, Aman Nassim/ Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Sinematografi Terbaik

Fairuz Ismail, Hafiz Rashid/ Perebet Sapu

Stephen Chua Jyn Shyan/ Small Town Heroes

Tan Teck Tze/Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Y.H.Cheong/ Split Gravy

Rahimi Maidin (Remy)/ Abang Long Fadil 3

Penyunting Terbaik

Yap Shao Chi (Sean Yap)/ Juang

Syafiq Yusof/ Abang Long Fadil 3

Low Kah Juan/ Small Town Heroes

Isazaly Isa/ A.Samad Hassan/ Split Gravy

Liam Lai, Moray Toon/ Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

Isaac Raj/ Senthozan Sengkathirvaanan

Qaseh Shuhada/ Musyrik

Phua Chandler/ Small Town Heroes

Ainin Batrisya/ J2: J Retribusi

Roger Shak Yi/ Small Town Heroes

Pelakon Wanita Harapan

Bernie Chan/ Split Gravy

Alicia Amin/ The Disappearance of Irdina Adhwa

Joelah Charles/ Split Gravy

Amelia Henderson/ J2: J Retribusi

Pelakon Lelaki Harapan

JJ Ng Jinn Jou/ The Rise of Lion (Warisan Singa)

Idan Aedan/ Anak Rimau The Movie

Abbas Mahmood/Rasuk

MK K-Clique/ Rompak

Jaa Suzuran/ Autumn In Wales

Pengarah Harapan

Michelle Xin/ The Rise of Lion(Warisan Singa)

Govind Singh/Senthozan Sengkathirvaanan

Datum Zahim Albakri/ Split Gravy

Hyrul Anuar/ 3 Janda Melawan Dunia

Nazrul Asraff Mahzan, Mohammad Nazim Md Shah/ J2: J Retribusi

Cerita Asal Terbaik

Zulkarnain Azhar/ Opie Harris/Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Ryon Lee Eng Keong/ Small Town Heroes

Muzzamer Rahman/ Perebet Sapu

Lai Kin Hoong (Matt Lai)/Split Gravy

Ryon Lee Eng Keong/ Small Town Heroes

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Kee Chung Phear (Happy Kee)/ Small Town Heroes

Anne Abdullah/ Jerangkung Dalam Almari

Juliana Ibrahim/ Split Gravy

Ozlyn Wati/ Abang Long Fadil 3

Kavitha Thiagarajan/ Moondram Athigharam: The Third Rule

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Hasnul Rahmat/ Jerangkung Dalam Almari

Beto Kusyairy/ Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Izzue Islam/ Juang

Nas-T/ Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Datuk Zahim Albakri/ Split Gravy

Pelakon Wanita Terbaik

Sangeeta Krishnasamy/ Juang

Mei Fen Lim/ Prebet Sapu

Tan Chui Mui/ Barbarian Invasion

Bernice Chauly/ Split Gravy

Sara Ali/ Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Pelako Lelaki Terbaik

Haridhass Selvaraju/ Moondram Athigharam: The Third Rule

Datuk Rahim Razali/ Split Gravy

Datuk Adi Putra/ Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Datuk Adi Putra/Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Amerul Affendi/ Prebet Sapu

Pengarah Terbaik

Ryon Lee Eng Keong/ Small Town Heroes

Syafiq Yusof/ Abang Long Fadil 3

Muzzamer Rahman/ Prebet Sapu

Syamsul Yusof/ Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Zulkarnain Azhar, Frank See/Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain