suria

‘Roh’ Filem Terbaik FFM31, ‘Sangkar’ julang nama Remy Ishak dan Zul Ariffin

Roh diangkat Filem Terbaik FFM31.

FILEM arahan Emir Ezwan berjudul Roh diangkat sebagai Filem Terbaik pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Roh yang dibintangi oleh pelakon hebat Namron, Farah Ahmad, June Lojong itu sekali gus menewaskan saingan terdekatnya iaitu Sangkar, Fly By Night dan Ejen Ali The Movie.

ARTIKEL BERKAITAN: Ratu Kala Jengking, Tiada Tajuk dan Ada Apa Dengan Dosa antara 55 filem bertanding rebut trofi Filem Terbaik FFM31

Selain itu, filem tersebut turut memenangi lima kategori lain iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Junaidah M. Lojong), Lakon Layar Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Putri Qaseh), Rekaan Busana Terbaik dan Skor muzik Terbaik.

Kejayaan itu melayakkan produksi berkenaan menerima Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM500,000 selain trofi.

TONTON CORAT-CORET FFM-31!

Sementara itu trofi Pengarah terbaik dirangkul oleh Kabir Bhatia menerusi filem Sangkar.

Filem Sangkar turut membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Zul Ariffin), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Remy Ishak) dan Tatarias Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Sinje Lee pula dipilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem The Garden Of Evening Mist.

Manakala filem Ejen Ali The Movie membawa pulang anugerah Filem Box Office dan Penataan Seni Terbaik.

roh

Pengarah filem Roh Emir Ezwan mengambil trofi Filem Terbaik FFM31.

Para pemenang menerima trofi bersalut emas sumbangan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) dan wang tunai RM5,000.

Selain itu anugerah Karyawan Sepanjang Zaman diberikan kepada Fauziah Nawi.

Hadiah pemenang utama disampaikan Menteri Komunikasi & Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

FFM31 dihoskan oleh Awal Ashari dan Sharifah Shahira yang disiarkan secara langsung menerusi TV2 dan YouTube Finas Malaysia.

fauziah

Fauziah Nawi menerima anugerah Karyawan Sepanjang Zaman.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim dan YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Datuk Jamal Abdillah, Datuk M. Nasir, Haqiem Rusli, Jackyn Victor, Liza Hanim, Ella dan ramai lagi.

Berikut ini senarai 28 pemenang utama malam kemuncak FFM 31:

1. Filem Terbaik:

2. Pengarah Terbaik: Kabir Bhatia (Sangkar)

3. Pelakon Lelaki Terbaik: Zul Ariffin (Sangkar)

4. Pelakon Wanita Terbaik: Sinje Lee (The Garden Of Evening Mist)

5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Remy Ishak (Sangkar)

6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Junainah M. Lojong (Roh)

7. Pelakon Lelaki Harapan: Anding Indrawani (HeadHunter)

8. Pelakon Wanita Harapan: Fifi Azmy (Wira)

9. Pengarah Harapan: Zahir Omar (Fly By Night)

10. Lakon Layar Terbaik: Roh (Emir Ezwan)

11. Anugerah Cerita Asal Terbaik: The Garden Of Evening Mist (Tan Twan Eng)

12. Pelakon Kanak Kanak Terbaik: Putri Qaseh (Roh)

13. Sinemortografi Terbaik: Fly By Night (Low Soon Keong)

14. Penyunting Terbaik: Fly By Night (Heng Yin Chau)

15. Filem Box Office: Ejen Ali The Movie

16. Poster terbaik: Walk With Me (Christopher Chua Eng Hui)

17. Kesan Khas Visual Terbaik: The Garden Of Evening Mist (VHQ Post (M) Sdn.Bhd)

18. Tatarias terbaik: Sangkar (Ella Sandera)

19. Rekaan Busana Terbaik: Roh (Tengku Syahmi)

20. Skor Muzikal Terbaik: Roh (Reinchez Ng)

21. Penataan Seni Terbaik: Sangkar (Nazirul Asraff Mahzan)

22. Penataan Bunyi Terbaik: Ejen Ali The Movie (Fadhli Abu Shafian Hakim Kamal Shafiq Isa)

23. Lagu Tema Terbaik: Ayuhlah (Suatu Ketika)

24. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir: Dato' Seri Dr Ahmad Nawab

25. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Fauziah Nawi

26. Anugerah Khas Juri 1: Suatu Ketika (Kash Picture Sdn.Bhd)

27. Anugerah Khas Juri 2: Geran (Layar Picture Sdn Bhd)

28. Anugerah Khas Juri 3: Head Hunter (Indera Asahan Sdn Bhd)

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain