suria

Drama adaptasi ‘W: Two Worlds’ antara 5 siri menarik Viu Original 2023

Hun Haqeem bakal muncul dalam drama adaptasi W: Two Worlds di Viu.

PLATFORM penstriman Viu mengumumkan lima buah drama bersiri terbaharu yang bakal menemui penonton pada tahun 2023.

Apa lebih menarik, Viu bakal menghasilkan sebuah lagi siri adaptasi dari Korea Selatan iaitu W: Two Worlds yang menjadi fenomena pada tahun 2016.

Drama fantasi percintaan itu bakal menampilkan pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisha yang memegang peranan utama.

Drama Viu Original itu bakal diarahkan oleh Yusry Abdul Halim.

viu1 - 1

Kingsley Warner, Pengurus Viu Malaysia membuat pembentangan di acara Viu Upfront 2023.

Pengumuman itu dibuat menerusi program Viu Upfront yang diadakan buat julung kalinya pada Khamis lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pengurus Viu Malaysia, Kingsley Warner berkata, pihaknya teruja untuk menghasilkan lebih banyak drama bersiri berkualiti menerusi Viu Original dan tahun hadapan penonton akan disajikan dengan pelbagai program bermutu dan menarik.

ARTIKEL BERKAITAN: Siri seram Viu Original terbaru, HILANG akan buat penonton tak senang duduk

ARTIKEL BERKAITAN: Memang kecoh! Drama Viu Original 'Ijab Kabut' angkat kisah kerja kahwin, pengantin pandemik dapat hadiah majlis resepsi RM350,000

Selain W: Two Worlds, Kingsley turut berkongsi empat drama bersiri menarik dengan pelbagai genre untuk siaran 2023.

Berikut adalah drama-drama yang bakal menemui penonton di platform penstriman Viu tahun depan.

Antara barisan pelakon drama Viu Original, Nenek Bongkok Tiga.

Barisan pelakon drama bersiri Nenek Bongkok Tiga.

1. Nenek Bongkok Tiga

Apabila lapan orang terjaga di dalam sebuah rumah agam yang dihuni seorang nenek bongkok tua, mereka mula tersedar yang mereka telah dijadikan tebusan.

Dengan ancaman jahat yang semakin bahaya, mereka perlu memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek tersebut untuk menyelamatkan diri.

Nenek Bongkok Tiga menampilkan barisan pelakon Hun Haqeem, Sara Ali, Syafie Naswip, Meerqeen, Ashraf Muslim, Syazwan Zulkifly, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar, Sherie Merlis dan Datin Sofia Jane.

viu2 - 1

Alter-naratif menampilkan barisan pelakon hebat dan akan menemui penonton Viu tahun depan.

2. Alter-naratif

Mengisahkan tentang sebuah syarikat yang terkenal dengan inovasinya dalam bidang mengubah ingatan, kebolehan memadam ingatan dan menggantinya dengan kenangan tiruan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mel Isa memperjuangkan teknologi baharu ini sebagai psikoterapi bagi membantu mangsa trauma membina semula kehidupan mereka.

Namun, apabila Mel mula pitam dan mengalami halusinasi, dia mula mengesyaki bahawa ingatannya sendiri telah diolah.

Diarahkan oleh Faisal Ishak, drama thriller psikologi ini menampilkan para pelakon berbakat Nabila Huda, Neera Azizi, Liyana Jasmay, Rahim Omar dan Gambit Saifullah.

3. Terlanjur Cinta

Demi menyelamatkan abangnya, seorang penagih dadah bernama Salleh yang baharu keluar daripada penjara ingin menyelamatkan keluarga dari dibelenggu kemiskinan. Hidayah terpaksa menerima lamaran seorang duda tua, Pak Majid.

Walaupun berbeza umur, sikap Pak Majid yang berbudi Bahasa membuatkan Hidayah jatuh cinta kepadanya namun semuanya hancur apabila Pak Majid kembali membawa isteri kedua.

Terlanjur Cinta merupakan karya daripada pengarah popular, Erma Fatima.

4. Dear Karma

Mengisahkan tentang Karma, seorang idealis yang berusaha menjadi pempengaruh barangan kecantikan. Tanpa dijangka, dia diterima bekerja di Jepun bersama rakannya, Bianca.

Mereka ke Saga, Jepun dan bertemu Sham, seorang bekas peguam yang menjadi perantis pembuat tembikar. Pertembungan budaya dan personaliti mula bergolak di antara watak-watak ini dengan agenda masing-masing.

viu3 - 1

Hun Haqeem bakal muncul dalam drama adaptasi Korea, W: Two Worlds.

5. W: Two Worlds

Viu menghasilkan sebuah lagi drama adaptasi drama fantasi percintaan Korea popular iaitu W: Two Worlds.

Selepas bapa Ika (pencipta siri webtoon popular W) hilang tanpa jejak, usaha Ika mencarinya membawa dia ke dunia webtoon, dimana dia menyelamatkan watak utama, Aliff.

Disebabkan itu, watak Ika mula muncul di dalam cerita webtoon tersebut dan mula berfungsi sebagai realiti sebenar.

Drama adaptasi ini bakal dibintangi oleh pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisha. Siri ini akan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh Zurina Ramli.

Untuk rekod, perkhidmatan penstriman ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (secara percuma di App Store dan Google Play) pada telefon pintar dan tablet, TV pintar serta di laman web www.viu.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain